Usahawan selebriti Noor Nabila berkongsi berita duka apabila ibu mertuanya Salmah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Nabila meminta orang ramai mendoakan agar roh ibu kepada suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

ā€œMohon sedekahkan Al-fatihah utk ibu mertua sava Hajah Salmah Bt Abu Bakar yang telah kembali Rahmatullah pagi tadi.

ā€œMoga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Aamiin ya rabbalā€™ alamin,ā€ tulisnya.

Sekitar Jun lalu, Emran pernah memberitahu ibunya telah berjaya menjalankan pembedahan kecemasan besar yang berlangsung selama enam jam di Instagram.

Nurul Hana