[VIDEO] Jemput Datuk Red Live Di TikTok, Sales Perniagaan Ibu Neelofa Cecah Lebih RM100,000

Ibu kepada usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini meluahkan rasa syukur apabila jualan produk keluarannya laris susulan menjemput suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red sebagai tetamu istimewa di TikTok Shop, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Noor Kartini memuat naik sebuah video yang memaparkan Datuk Red hadir ke pejabat urusan perniagaanya untuk bersama dalam sesi siaran langsung.

Kongsi Noor Kartini lagi, dia memaklumkan jualan produk perniagaanya yang dijual semasa sesi siarang langsung bersama Datuk Red itu mencecah lebih RM100,000.

“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Datuk Red semalam.

“Alhamdulillah sales semalam live dengan Datuk Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Datuk Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Datuk,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang terhadap perkongsian Noor Kartini itu kerana berkongsi rezeki bersama Datuk Red.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Adira memfailakan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mengaku Sebagai Scammer, Tapi…” – Datuk Red Akui Khilaf, Kini Gigih Berusaha Kumpul Duit Lunaskan Hutang

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Muncul Dalam Live TikTok Bersama, Datuk Red Terharu Adira Bantu Promosi Kuih Raya – “Insya-Allah, Harap Ada Sinar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red 

Khairil Khusyairi