Hiburan By: SGMS Faida February 8, 2019 @ 2:45pm

Ibu Sheila Mambo Meninggal Dunia, Al- Fatihah…

Ibu kepada pelakon Sheila Mambo, Aishah Bt Nyak Adam meninggal dunia pada jam 5.15 petang semalam.

Sheila menerusi laman Instagramnya memaklumkan arwah ibunya yang diserang penyakit strok sebelum ini menghembuskan nafas terakhir dengan sempat menyebut kalimah Allah SWT.

“ Assalamualaikum.. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yang mak saya Aishah bt Nyak Adam baru sahaja meghembuskan nafas terakhir td jam 5.15 ptg. Allah mudahkan Mak pergi hanya dgn 3 kali nafas terakhir dan sempat menyebut Allah.

“ Mak sempat menjawap salam saya 2- minit sebelum dia pergi sewaktu adik saya sedang membaca talkin. Kami minta mak syahadah. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akan pastikan waktu maghrib atau mlm jumaat untuk peringatkan mak dengan Yassin dan Khafi. Dan rupanya saya masih melakukan hal yang sama tetapi kali ini di depan jasad mak terbujur,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yg mak saya Aishah bt Nyak Adam baru shj meghembuskan nafas terakhir td jam 5.15 ptg. Allah mudahkan Mak pergi hanya dgn 3x nafas terakhir dn sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2- minit sblm dia pergi sewaktu adek saya sdg membaca talkin. Kami minta mak syahadah.. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akn pastikan waktu maghrib atau mlm jumaat utk peringatkan mak dgn yassin dn khafi. Dan rupanya saya msh melakukan hal yg sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur. Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah. Mak dh pergi jumpa emak bapaknya yg sdh lama meninggakan mak ‘yatim’ sjk usia 6thn. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah. Saya mohon doakan buat mak saya. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, ampunilah bondaku Aishah Nyak Adam, rahmatilah mak, maafkanlah mak, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami ahli keluarganya, semoga arwah mak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين #yassinterawal/akhir #kehidupanmakbarubermula

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on

Pelakon berusia 56 tahun ini turut memohon agar Allah SWT menempatkan roh ibunya bersama golongan para syuhadah.

“ Mak dah pergi jumpa emak bapaknya yg sudah lama meninggakan mak ‘yatim’ sejak usia 6 tahun. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak di malam Jumaat yg indah,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Kenapa Agaknya Nama Baby J Jadi Bualan Netizen?

Wah! comel betul Baby J kan? Serupa nama yang diberi

Featured Thu, 22 Dec 2022