Hiburan By: Ad Ops August 6, 2018 @ 6:04pm

Idris Khan Akui Dirinya Memang ‘Show Off’, Tayang Gambar Tak Berbaju

Panas!

Bukan sahaja popular kerana kontroversi yang melanda dirinya sekitar tahun 2016, pelakon Idris Khan juga mula dikenali ramai selepas muncul dalam drama bersiri Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin yang ditayangkan di TV3.

Menjenguk seketika dilaman instagram milik beliau, nyata pelakon ini lebih banyak memuat naik gambar tidak berbaju. Dan disebabkan hal tersebut, ramai netizen yang melabel beliau sebagai abang sado ‘panas’.

Ditanya mengenai kenapa beliau kerap memuat naik gambar tidak berbaju , Idris  seolah-olah ingin ‘show off’ bentuk badan yang perfect kepada followers beliau. Betul ke?

Idris mengakui, beliau memuat naik gambar tersebut hanya untuk kepuasan diri dan juga ingin berkongsi tips dengan peminat tentang cara penjagaan bentuk badannya.

“Actually, tiada motif disebalik muat naik gambar tak berbaju, malah saya berbuat sedemikian kerana ada segelintir individu yang menghantar ‘direct message’ (DM) untuk tahu cara saya maintain weight dan pengambilan makanan sebab mereka tahu saya ada knowledge mengenai itu. 

“Panas dan berpeluh ketika bercuti menyebabkan saya tidak memakai baju lantas mengambil gambar yang dibantu dengan view yang lawa . Malah, traffic selalu tinggi (likes) jika saya upload gambar yang tidak berbaju.

“Fifthy-fifthy la, salah satu sebab saya berbuat sedemikian adalah untuk berkongsi tips dengan peminat, selain itu saya memang saja nak show off.” Katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran original series, Salon di Melaka

Mengulas mengapa dirinya jarang sekali muncul di kaca TV,  pelakon ini memberitahu dia tidak mahu mengejar populariti malah, ingin memilih kualiti dalam pemilihan skrip yang ingin dilakonkan.

“Saya pelik kenapa ramai yang berkata saya sudah lama tidak muncul di kaca tv. Padahal saya tidak pernah slow down dalam dunia lakonan.

“Mungkin sebab saya memilih skrip yang berkualiti dan tidak mengejar populariti atau likes kerana saya tidak mahu menjadi selebriti yang cepat melonjak naik selepas itu cepat juga fade away. Biarlah saya mengambil masa untuk naik dan terus ada dalam industri ini.” Jelasnya

Menyentuh tentang perkahwinan, Idris Khan berkongsi tentang keadaan beliau yang dilihat sudah beberapa kali menangguhkan tarikh perkahwinanya bersama kekasihnya Sanaa Jaffer kepada wartawan xtra.com.my yang beliau akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan bersama gadis kelahiran Magribi itu kerana kekangan kerja dan masa yang begitu terhad.

“InshaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga akhir tahun ini atau awal tahun hadapan if everything goes well as we planned.” Katanya

Terbaharu, Idris Khan kini terlibat dengan original series, Salon, dibawah arahan Khabir Bhatia yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Juliana Farhana, Iman Corinne dan Josiah Hogan.

Bercerita tentang wataknya dalam Salon, Idris memegang watak sebagai Sam, seorang pegawai penyiasat atau polis interpol yang dikhaskan untuk menyelesaikan sebuah kes. Salon turut diselitkan dengan elemen cinta tetapi tidak begitu mendalam kerana watak Sam merupakan seorang yang tegas dan kasar. 

“Series ini berbeza dengan series yang lain kerana makin lama makin exciting. Ia juga mempunyai elemen cinta tetapi tidak begitu lovey dovey kerana watak Sam merupakan pegawai polis yang tegas dan kasar.” Katanya

Jangan lupa untuk menyaksikan Viu original series, Salon yang akan disiarkan pada September ini hanya di saluran ntv7!

Ditulis oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Wohoooo! Tiket Konsert BLACKPINK Sudah Mula Dijual

Berita baik bagi pengguna Mcalls muzik, anda bakal menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket dan pembelian boleh dibuat bermula 30 November.

Cahaya Mata Mon, 30 Oct 2023

Akui Tak Cukup Masa Jaga Si Kecil, Neelofa Terpaksa Upah Jururawat Waktu Malam

Begitulah kalau dah jadi ibu kan, sampai tak menang tangan!

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

王浩歌陈宥维即兴撩妹!粉丝现场喊破喉咙

首季《双世宠妃》去年在中国播出创下50亿播放量,今年强势回归的《双世宠妃2》在10月播出后也有亮眼的成绩!配合dimsum二周年庆,演员来马举办见面会,吸引了一大票粉丝围堵。

Hiburan Tue, 15 Aug 2023

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya. Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan […]

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]