Hiburan By: SGMS Faida December 9, 2018 @ 9:36am

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Walaupun baru sembuh dari sakit, pelakon Ika Nabella tetap ligat berniaga. Buktiknya, Ika Nabella tetap hadir di acara Anggun Life di Pusat Konvensyen Setia City yang berlangsung pada hari ini.

Pelakon berusia 29 tahun ini mengaku semakin seronok mengusahakan perniagaan sambal.

“ Walapun saya habiskan masa antara 11-12 jam di dapur memasak sambal yang diberi nama Bini Bowie ini, saya tak rasa penat langsung. Malah rasa makin seronok.

“ Setakat ini saya sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Istimewanya, saya menggunakan kawah besar dan segala persiapan asas dibuat oleh saya sendiri termasuklah memotong bawang dan cili,” katanya kepada xtra.com.

Sementara itu, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini menafikan dia tidak aktif dalam dunia lakonan sejak kebelakangan ini.

” Kerjaya seni masih berjalan lancar walaupun saya sibuk mengembangkan bisnes sambal. Saya sedang menanti beberapa buah drama lakonan saya bakal ditayangkan dalam masa terdekat iaitu Warkah Dari Firenzi.

“ Manakala filem Awang Gerudi lakonan saya bersama Zoey Rahman dan Aprena Manrose bakal ditayangkan pada 27 Disember ini,” katanya.

Bagi anda yang nak dapatkan Sambal Bini Bowie, jom singgah ke karnival Anggun Life pada 8-9 Disember di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dengar tu, Ruhainies masih single ya!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Featured Wed, 10 Nov 2021
familuv Thu, 29 Dec 2022
Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

MAROON 5 AND JIMMY FALLON SURPRISES SUBWAY COMMUTERS

Dressed like total hipsters, no one was able to tell that they were the celebrities themselves. But, Adam’s voice was certainly drawing commuters in.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

梁静茹706办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会

「情歌本格派」回来啦!梁静茹将于7月6日,在吉隆坡举办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会。