Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2019 @ 11:55pm

Ilyka Nafi Tolak Kerjasama Dengan Komposer Tempatan

Penyanyi 90 an Datin Seri Ilyka Yassin mengaku mempunyai alasan tersendiri memilih komposer dari Indonesia untuk single terbaharunya.

Mula mencipta nama dengan album Diusung Duka, Ilyka turut menafikan enggan bekerjasama dengan komposer tempatan.

“ Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu dalam karier. Menggunakan khidmat komposer dari seberang untuk lagu Persembahan Cinta dan Sempurnakan Takdirku bukan bermakna saya kata komposer tempatan tidak bagus.

“ Saya pernah bekerjasama dengan ramai komposer tempatan selama ini dan amat berpuas hati dengan karya mereka. Apa salahnya saya mencuba kelainan dan idea untuk bekerjasama dengan komposer luar datang dari Aszuad selaku wakil pihak pengurusan Cloudoworks Record,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran ‘Sempurnakan Takdirku’ yang berlangsung di Serai Empire Subang, baru-baru ini.

Sementara itu, Ilyaka yang tampil dengan lagu My Love ciptaan komposer Hazami pada tahun lalu mengaku tidak pernah berkecil hati apabila ada segelintir pendengar yang tidak menyedari kehadirannya dalam industri seni.

“ Kalau nak ikutkan, saya memang keluarkan single setiap tahun sejak 2016 dalam usaha membuat kemunculan semula. Cuma ramai ingatkan saya ini penyanyi baharu.

“ Saya pernah hadir menyaksikan rakan-rakan yang masih membuat persembahan di hotel, bila mereka jemput saya untuk menyanyi sekali, ada yang tanya ‘Ilyka ni penyanyi baru ke?’.

“ Saya okay dan akan teruskan minat saya dalam bidang nyanyian. Seandainya lagu ini tidak mendapat sambutan, saya akan terus mencari material yang bersesuaian,” akhiri Ilyka.

Ilyka yang merupakan isteri kepada Datuk Ahmad Azizi Ali memulakan karier nyanyian pada tahun 1994 dengan album solo berjudul Di Usung Duka. Dia memperlahankan aktiviti seni bagi memberi fokus kepada keluarga termasuklah anak perempuannya, Arisya yang kini berusia 16 tahun.

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
Featured Mon, 21 Jun 2021

Cara Mohon Dan Semak Kelayakan BPR Tambahan, Bayaran RM 100 Hingga RM 500 Akhir Jun Ini

Umum maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500

Featured Wed, 9 Nov 2022
OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs.

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

‘Ramai Wanita Dalam Hidup Saya’- MK K-Clique Jawab Isu Gambar Mesra

Saya memang kurang tahu mengenai gosip yang tular…

Featured Tue, 2 Nov 2021

Pemandu Lelaki Maut Ketika Membuat Cubaan Memotong Lori Balak

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori balak dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

| Live TV