Individu Dakwa Artis BBNU Kantoi ‘Like’ Video L*cah Di Twitter – “Begitu Umum Ya, Dah La Pakai Akaun Real”

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kecoh diperkatakan mengenai seorang pelakon yang didakwa kantoi menyukai atau ‘like’ video berserta gambar lucah di media sosial.

Menerusi pendedahan di Twitter, seorang pengguna mengakui terkejut apabila pelakon tersebut didakwa dengan berani menyukai video serta gambar tidak senonoh di laman media sosial miliknya.

Namun, individu tersebut tidak mendedahkan siapakah pelakon yang dimaksudkan itu sebaliknya hanya berdiam diri.

“Aku tak tau la ada artis ni dia sengaja like porn atau dia nak tutup diri dia.

‘Terkejut aku bila tengok like. Begitu umum yaa..dah la pakai account real,” dakwanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan mengenai sisi gelap pelakon tersebut.

Lebih panas, ada juga yang dapat mengetahui sosok sebenar pelakon tersebut.

Tambah beberapa individu lain, mereka turut mempersoalkan adakah pelakon tersebut seorang yang bergelar selebriti kerana dikatakan baru sahaja menapak dalam industri hiburan tempatan.

Khairil Khusyairi