Individu Dakwa Sedang Mengandung Anak Artis, Nama Ismail Izzani Pula Terpalit

Tular sebuah individu berkongsi kenyataan di TikTok bahawa dia sedang hamil hasil daripada hubungannya bersama seorang selebrtiti popular lelaki.

Menerusi video tersebut, individu itu juga mendedahkan bahawa selebriti lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab dengan kandungan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, ada netizen membuat dakwaan bahawa selebriti yang dimaksudkan ialah penyanyi, Ismail Izzani.

Namun, rata-rata netizen menasihatkan agar tidak mebuat tuduhan melulu kerana individu tersebut juga tidak mendedahkan sebarang identiti berkenaan selebriti tersebut dan dikhuatiri hanya sekadar ingin mendapatkan perhatian umum.

Memetik artikel MStar, ibu kepada Ismail sendiri, Datin Suliza Salam tidak terkejut dengan dakwaan tersebut sebelum ini juga anaknya pernah difitnah seperti itu.

“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya ringkas.

Namun, sehingga kini Ismail tidak tampil memberikan sebarang kenyataan berkenaan dengan isu terbabit.

Sumber: MStar

Izzi Farhana