Individu Dakwa Siti Khadijah Halim Biadap & Berlagak Diva, Ini Respons Tuan Badan – “Mungkin Saya Sedang Bergurau…”

Nama pelakon Siti Khadijah Halim dipetik gara-gara dituduh tiada adab dan berlagak diva.

Menerusi perkongsian individu di Twitter, dia mempunyai pengalaman buruk dengan Siti semasa melayaninya di sebuah kedai kopi.

“Kerja part time kat coffee shop masa study dulu, the R one (Siti) asked one of the crew ‘kat sini apa famous selain I?’,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, ciapan tersebut kemudiannya telah dipadam individu berkenaan.

Memetik laporan Gempak, Siti memberitahu dia tidak mengingati insiden tersebut dan jika ia pernah berlaku adalah kerana sikapnya yang suka bergurau.

“Saya dapat tahu hal ini daripada kawan saya. Saya terkejut sebab saya tak kacau sesiapa tiba-tiba ada orang bercakap tentang saya.

“Sebenarnya saya tak ingat dan tak kenal mereka yang menuduh saya. Mungkin pada waktu itu saya sedang bergurau dan dalam mood happy. Bagi yang kenal saya, semua tahu perangai saya macam mana,” ujarnya.

Namun, Siti memohon maaf jika apa yang telah berlaku mengguris hati mana-mana pihak.

“Perkara sebegini tak pernah lari daripada saya sebagai seorang selebriti. Sebab sebelum ini pun saya banyak terima komen-komen seperti ini.

“Mana yang positif Siti simpan, yang negatif Siti buang. Tapi walau apa pun saya nak minta maaf jika ada terguriskan hati sesiapa.

“Mungkin saya salah, saya khilaf. Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati untuk tidak bergurau dengan sesiapa. Saya relax dan senyum sahaja,” katanya.

Maya Basir