Individu Luah Perasaan Diganggu Penyondol Bernama ‘Athira’, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Terhibur – “Ada Je Yang Relate, Tak Apa Saya Bantu…”

Bekas isteri Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada berkongsi perbulan bersama individu yang mendedahkan rumah tangganya juga diganggu oleh penyondol.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuhada mendedahkan perbualan bersama wanita tersebut, namun ironinya nama penyondol rumah tangga individu berkenaan juga dikenali sebagai ‘Athira’.

Shuhada yang juga diganggu oleh wanita bernama Athirah terhibur apabila ada netizen yang melalui perkara.

“Aku kan, ada je yang related!,” tulisnya beserta emoji ketawa.

Dalam masa yang sama, ibu anak dua ini juga berjanji akan membantu wanita berkenaan dan mempercayai bahawa Yang Maha Esa akan pertemukan kita bersama orang yang baik.

“But no worries, I am going to help you.

“Allah Maha Mengetahui segalanya, Insya-Allah. Dia dah tulis yang sebaiknya, doakan semoga Allah pertemukan kita dengan sebaik-baik pertemuan.

“Mulakan hubungan dengan sebaik-baik permulaan dan Insya-Allah terjagalah hubungan halal kerana Allah reda,” tulisnya.

Terdahulu, rumah tangga Shuhada dan Hafidz bergoyah apabila bekas suaminya itu berlaku curang bersama wanita bernama Athirah Yuhada.

Perkahwinan mereka sah terlerai talak satu pada Februari lalu memaluk cara lisan dalam aplikasi WhatsApp dilafazkan oleh Hafidz.

Sebelum ini, Shuhada didakwa belum ‘move on’ apabila memuat naik foto lama bersama bekas suami, Hafidz Roshdi demi mempromosikan produk.

Susulan itu, Hafidz tampil membidas Shuhada dan meminta dia memadam foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Dituduh Tak ‘Move On’ Gara-Gara Kongsi Foto Lama Dengan Hafidz Roshdi, Ini Penjelasan Empunya Badan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Muat Naik Gambar Manis Ketika Masih Bersama, Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dah Tak Ada Originaliti Ke?”

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA Shuhada sudah memuat naik foto yang telah disunting tanpa bekas suaminya.

Aqilah Paharuzi