Featured By: Khairil Khusyairi December 7, 2022 @ 8:12pm

Individu Persis Shuib Jadi Tumpuan, Ini Respon Tuan Empunya Badan… – “Tolong Tag Dia Please, Teringin Nak Jumpa”

Usahawan dan pelawak terkenal, Shuib sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah foto seorang individu yang mempunyai wajah seiras dengan wajahnya.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuib memuat naik foto seorang individu yang berpakaian uniform yang dikatakan mempunyai mirip wajah yang sama dengannya.

Shuib berkata wajah individu tersebut seakan sama dengannya tapi menafikan individu tersebut adalah dirinya.

“Ye, macam sama, tapi bukan, salah, salah,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Tambah Shuib, dia bertanya kepada pengikutnya adakah sesiapa mengenali individu tersebut malah mengakui teringin bertemu dengan individu yang dikatakan mempunyai raut wajah yang sama dengannya itu.

“Ada yang kenal abang ni? Tolong tag dia please.

“Teringin nak jumpa,” kongsi Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sama mereka dengan mengatakan wajah individu tersebut mirip dengan pelawak terkenal itu.

Malah ada juga yang mempercayai bahawa individu dalam foto tersebut adalah Shuib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Trending Fri, 1 Oct 2021

Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia pada jam 11.54 malam semalam (Khamis). Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang. Menurut laporan Gempak, […]

OMG Mon, 16 Jul 2018

Saksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat Ke-14 Hari Ini

Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14

Trending Tue, 8 Oct 2019