Individu Wanita Dedah Selebriti Lelaki Baru Nak Up Kongsi Gambar ‘Pisang’ Pada Rakan Baik – “Dia Siap Minta Review Size”

Seorang individu wanita tampil mendedahkan tindakan seorang selebriti lelaki yang didakwa telah berkongsi gambar kemaluan pada rakan baiknya.

Difahamkan, selebriti lelaki itu pernah menyertai sebuah program realiti dan namanya juga mula meningkat naik dalam industri seni tanah air.

”You pernah tak ada artis baru nak up hantar kat you gambar dia punya ‘pisang’? Cerita dia bermula dari seorang perempuan yang nama samarannya kita bagi Safi.

”Dia telah memuat turun sebuah aplikasi cari jodoh yang berwarna kuning dan bermula dari huruf B dan bertemu dengan seorang lelaki yang pernah menjadi peserta sebuah program realiti TV,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, wanita tersebut menyatakan kejadian itu berlaku ketika selebriti lelaki terbabit masih lagi peserta program berkenaan.

“Kawan saya tak bagi tahu saya tv show apa tapi saya rasa anda semua boleh agak. Lepastu mereka bersembang tapi setiap perbualan mereka lelaki ini sering membangkitkan topik tentang penglibatannya dalam program itu.

”Dia siap tanya pada kawan saya tu sama ada dia takut atau tidak sekiranya dikecam selepas berkenalan dengan si ‘dia’ yang bakal menjadi terkenal satu hari nanti.

“Padahal si Safi ni tak tengok pun tv show tu dan tak tahu pun dia seorang peserta,” jelasnya.

Wanita itu bagaimanapun menjelaskan perbualan tersebut bersambung di aplikasi Telegram kerana selebriti lelaki itu tidak mahu ada pihak yang tahu dia bermain aplikasi cari jodoh berkenaan.

“Selepas dah berkenalan dan saling berbual, mereka saling berkongsi gambar antara satu sama lain. Mamat ni pun selalu tanya Safi bila dia free sebab nak berjumpa. Namun permintaannya ditolak kerana Safi sibuk kerja.

”Tiba-tiba satu hari, he sent a picture to her guna gambar yang boleh hilang tu. Dan imej itu merupakan imej ‘pisangnya’. Dia siap minta review saiz dia macam mana, diameter, circumference, bentuk macam mana.

”Kawan saya terus marah dan kurang selesa dengan selebriti terbabit kerana menghantar gambar sedemikian tanpa sebarang warning. Dan selebriti itu meminta maaf seolah-olah tak cukup ikhlas,” katanya.

Malah, wanita terbabit memaklumkan selebriti tersebut turut berpesan pada rakannya untuk tidak berkongsi perkara itu kepada umum kerana tidak mahu nama baiknya tercemar.

Lebih teruk lagi, wanita itu turut mendedahkan bahawa selebriti lelaki terbabit turut meluahkan keinginannya untuk ‘bersama’ dengan rakannya itu.

”Kawan saya terus tangkap layar perbualan itu dan mengugut lelaki itu untuk sebarkan perkara itu kepada umum. Alhamdulillah, lelaki itu dah tak kacau kawan saya,” jelasnya.

Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan perkongsiannya itu hanya untuk memberikan kesedaran kepada umum untuk berhati-hati sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

 

 

 

Fatin Nurain