Featured By: Aqilah Paharuzi March 22, 2022 @ 8:00pm

“Ingat Sisi Baik Dia, Saya Tak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam Bertubi-Tubi” – Iqbal Zulkefli

Usahawan yang kini bergelar penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon terkenal, Zul Ariffin akibat kontroversi adegan panas dalam drama Perempuan itu.

Iqbal yang turut membintangi drama tersebut bersama Zul telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story miliknya mengenai keperibadian Zul yang sangat tenang dan terbuka meskipun menerima tohmahan teruk rentetan kontroversi terbabit.

“Saya tak sanggup melihat Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari penggambaran saya bersama beliau dan setiap hari saya belajar ikut menjadi orang yang tenang seperti beliau.

“Tapi kali ini apabila beliau perlukan semangat, saya rasa bersalah. Meskipun mulut dan riyak wajahnya tetap senyum padahal saya tahu dia memerlukan sokongan.

“Inilah artis yang paling tenang dan bercakap terbuka yang saya kenal. Dia bukan orang yang banyak kerenah. Dia orang baik, pemurah,” katanya.

Sementara itu, Iqbal menjelaskan dia seakan tidak menyokong tindakan Zul itu, namun usahawan itu menegaskan tidak wajar jika hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan, segala kebaikannya tergadai begitu saja.

Iqbal yang acap kali dihenyak dengan pelbagai kecaman daripada wargamaya sebelum ini pastinya memahami situasi yang dialami oleh Zul dan sempat menitipkan doa yang terbaik buat pelakon terbabit.

“Biarlah sejuta orang memberi hentaman, tetaplah kita pilih untuk menjadi penguat di kala orang memerlukan semangat.

“Tidak bererti membenarkan hal yang tidak manis tetapi jangan lupa sisi baiknya,” ujarnya.

Namun begitu tindakan Iqbal mempertahankan Zul telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengikutnya di media sosial.

Malah, ada salah seorang pengikutnya yang tampil membalas kenyataan Iqbal dengan membantah cara pempengaruh itu atas dasar agama dan keberkatan.

Iqbal yang menyedari dia juga tidak akan lari daripada melakukan sebarang kesilapan di masa hadapan memilih untuk terus memberikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan, meskipun dia tidak mengenali mereka.

“Siapa pun mereka, sama ada keluarga, sahabat, kenalan jauh, mahupun orang yang saya tidak kenal, ketika mereka memerlukan semangat, saya memilih untuk menjadi orang yang sudi menerima dan mendengar.

“Ini kerana saya tahu, ada ketika pasti saya juga akan melakukan kesilapan. Tidak hari ini, di hari mendatang.

“Di mana waktu itu semua manusia memilih untuk menjauh , membiarkan saya terkapai-kapai dan cuba menjadi lebih baik, tapi ditendang.

“Mungkin hari ini kita rasa berkuasa, kita rasa di pihak benar, namun berwaspadalah apabila menjadi penilai. Selalu ingat, kita bukan malaikat. Kita tidak selamanya di pihak yang. benar,” katanya.

Terdahulu, nama pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa heboh di ruangan media sosial akibat babak panas dalam drama perempuan itu menimbulkan amarah dan kecaman wargamaya sehingga kini.

Bagaimanapun, video yang bertujuan untuk mempromosikan drama itu telah dipadamkan dan pihak Zul telahpun membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

Artikel Berkaitan: Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

Artikel Berkaitan: “Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Tue, 8 Oct 2019

What You Need To Know About Charmaine Chew, The Girl From Kedah Who Will Be Representing Malaysia In Miss International 2019

This 25 years old girl from Kedah is definitely not your typical beauty queen. She’s feisty!