Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

Drama yang bersiaran pada 13 Mei ini bukan sahaja mendapat tempat dihati penonton berbangsa Cina malah, masyarakat Melayu juga. Kenapa?

Jom kita tengok empat perkara unik mengenai drama The Promise ;

  1. Pelakon utama kembali ke masa lalu

Shao Ting mengetahui bahawa keluarga nenek moyangnya mempunyai perniagaan tekstil. Walaupun kehidupan mereka sangat mewah, namun pemikiran mereka sangat kolot pada ketika itu. Sesuailah dengan zaman yang berlaku sekitar tahun 1940-an dimana, masyarakat pada ketika itu masih lagi tidak mendapat pendedahan dan pendidikan yang baik.

Malah Shao Ting terpaksa melalui sejarah peperangan dunia ke-2 iaitu ketika tentera Jepun datang ke Tanah Melayu.

     2. Ini adalah Drama berkonsepkan Time Travelling Pertama Di Malaysia

Ya! Ini adalah drama Cina pertama yang menggunakan konsep penceritaan Time Travelling. Kalau korang tak percaya, bolehlah layan cerita ni okay! Confirm korang tak sabar nak tahu apa agaknya episod seterusnya. 

     3. Lelaki dan wanita yang dilahirkan pada tahun 90an  dan 40an mempunyai perbezaan pendapat yang begitu ketara ye!

Dalam cerita ni, korang juga boleh melihat berapa banyak perbezaan pendapat yang berlaku dikalangan masyarakat terutamanya mereka yang dilahirkan sekitar tahun 90an dan 40an. Namun, apa yang pasti The Promise antara drama Cina yang banyak memberi pengajaran, dan rasa hormat kepada mereka yang lebih tua.

    4. Apakah hubungan Shao Ting Dengan Pelakon Utamanya?

Melihat kepada perjalanan cerita ini, sebenarnya shao ting dan lelaki yang ditemuinya itu adalah moyangnya. Namun, mereka merasakan Shao Ting sebenarnya akan memberi kesusahan kepada mereka sekeluarga. Dan sekali lagi konflik timbul apabila Perang Dunia Ke-2 tercetus.

So, kalau korang nak tahu apa agaknya kesudahan cerita The Promise ni, jangan lupa saksikan drama ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 9.30 malam di slot Primori8 dan korang juga boleh berkongsi pendapat mengenai drama ini menerusi Youtube , Facebook dan Instagram okay!

Salma Syahbuddin