“Ini Adalah Tempoh Kami Berkawan, Yang Penting Dia Belum Kahwin Dan Ada Anak” – Siti Saleha Harap Peminat Tidak ‘Melebih-Lebih’

Pelakon berdarah kacukan, Siti Saleha Mohd Baharum menjelaskan status lelaki kacukan didakwa kekasih barunya yang dikenali sebagai Joshua Fitton adalah individu yang dimaksudkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, aktres itu mengakui sekarang ini adalah fasa untuk mereka berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Berdarah Kacukan” – Selepas 10 Bulan Solo, Siti Saleha Akhirnya Temui Pengganti?

Meskipun enggan mengulas lanjut hubungannya itu, Siti Saleha berharap agar peminat dan orang ramai di luar sana tidak melebih-lebih soal perhubungannya itu.

“Buat masa sekarang kami sedang mengenali hati budi masing-masing walaupun saya akui dia adalah lelaki yang saya maksudkan sebelum ini.

“Namun, saya berharap apabila saya berkongsi gambar bersamanya semua orang tidak melebih-lebih fikir apa yang perlu kami lakukan seterusnya,” katanya.

Memetik laporan Gempak, pelakon popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku ini berkongsi antara bibit perkenalannya bersama Joshua yang juga seorang pereka fesyen.

“Pada mulanya saya hanya mengenali adik dia, kemudian baru mengenalinya. Semuanya berjalan dengan baik.

“Joshua seorang pereka fesyen dan yang penting dia belum kahwin dan tidak mempunyai anak,” jelasnya.

Terdahulu, Saleha akhirnya mendedahkan wajah kekasih hatinya selepas membuat kemunculan bersama dalam sebuah acara anjuran Citta Bella Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Saleha Akhirnya Tayang Wajah Kekasih Baru, Rakan Selebriti Luah Rasa Teruja! – “Good Looking Couple”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jodoh Kami Tak Panjang” – Siti Saleha Sah Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Tinggal Sebumbung? No Comment” – Siti Saleha Enggan Ulas Lanjut Masalah Perkahwinan

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin