Categories: HiburanSelebriti

Ini Baru Filem ‘Jantan’- Zul Ariffin

Hero filem Sangkar, Zul Ariffin mengaku tidak serik untuk membintangi filem aksi lagi di masa akan datang.

Pelakon berusia 33 tahun itu ketika ditemui di tayangan perdana Sangkar malam tadi memberitahu filem ini memberi 1001 pengalaman dalam dirinya sebagai pelakon.

“Watak saya dalam filem ini lari dari kebiasaan. Selalu saya berlakon filem atau drama cinta tetapi kali ini saya hanya berlawan. Gandingan saya dan Remy kali ini ibarat ‘bromance’ sekaligus teraju utama Sangkar.

“Ini juga merupakan kerjasama pertama saya dengan pengarah Khabir Bhatia. Pengalaman yang sangat luar biasa dapat menjadi hero untuk filem yang sangat ‘jantan’,” katanya menyifatkan Sangkar sebuah filem maskulin.

Mengetengahkan paparan kegiatan ekstrem yang menggabungkan elemen seni pertahanan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA), Zul turut memuji penampilan heroin, Mira Filzah yang berjaya seimbangkan jalan cerita Sangkar.

“Kalau tiada Mira dalam Sangkar, memang saya dan Remy asyik berlawan sahaja. Jemu pula penonton nanti.

“Ada penyeri dalam naskah yang mana hampir keseluruhan filem ini melakonkan lagak aksi ngeri,” katanya.

Selain Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah, filem bergenre aksi ini turut dibintangi Niezam Zaidi, Mira Filzah, Adam Mika, Ray dan Arman Graseka.

Jom ke pawagam bermula 29 Oktober ini!

Oleh: Fas

SGMS Faida