Ini Boyfriend Baru Jeslina Hashim?

Penyanyi yang popular sekitar tahun 1990-an menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia mendedahkan beliau kini sedang berkenalan dengan seorang Usahawan yang dikenali sebagai, Tunku Eddy Nasruan Adil Mudzaffar.

Menurut Jeslina Hashim, 40 hubungannya bersama Pengarah platform beli-belah dalam talian yang dikenali sebagai Pasar. Ianya bermula sejak tiga tahun lalu namum belum merancang untuk ke fasa seterusnya.

“Kami berkenalan lebih kurang tiga tahun dan perancangan untuk ke fasa seterusnya masih belum ada lagi. Kebanyakkannya plan untuk holiday sahaja. We take very small step, very slow and no rush. Anak-anak saya pun sayang sangat dengan dia. Apapun saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang.” Katanya

Jeslina kelihatannya hadir bersama Tunku pada majlis tayangan perdana filem Munafik 2 di e@Curve, Damansara malam tadi. 

Di tanya mengenai perkemabangan terkini beliau, Jes lebih banyak memberikan tumpuan terhadap bidang perniagaannya.

Salma Syahbuddin