Hiburan By: SGMS Faida April 2, 2019 @ 8:32pm

’Ini Bukan Majlis Sekolah Menengah’- Ahmad Idham Bidas Produksi Astro?

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendedahkan pihak produksi tidak pernah berbincang mengenai kemunculan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura untuk menyampaikan trofi Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) lalu.

“Saya dah ‘check’ dengan jawatan kuasa Finas, tiada persetujuan mengenai Fattah dan Fazura naik bersama untuk menyampaikan anugerah pada malam itu.

“Saya diberitahu ramai pengiat seni termasuk media tidak bersetuju dengan tindakan menaikkan Fattah.

“Ia seolah-olah tidak menghormati agenda majlis nasional seperti ini,” kata Ahmad Idham.

Menurutnya, kesemua penyampai pada malam itu mestilah mereka yang sudah pun dinobatkan dalam pelbagai kategori FFM sebelum ini.

Sehubungan itu, Ahmad Idham meminta pihak produksi untuk memberi surat tunjuk sebab dan masa sama bertanggung jawab ke atas tindakan yang disifatkan tidak wajar berlaku dalam sejarah FFM.

“Pihak produksi tidak menghormati Finas walhal Finas yang membayar kos produksi pada malam itu.

“Ini bukan majlis anugerah sekolah menengah yang boleh diubah sesuka hati,” kata beliau tegas.

Beliau juga memohon pihak Datuk Hans Isaac dan Fazura agar tidak perlu bersengketa sehinggalah laporan lengkap berkaitan isu daripada pihak produksi diterima Finas.

Ahmad Idham berpendapat, persengketaan ini tidak sihat untuk industri apatah lagi mereka mungkin menjadi mangsa permainan pihak tertentu yangmencari publisiti murahan.

Semalam, beberapa portal hiburan mendakwa Fazura sengaja membawa bersama suaminya, Fattah Amin ke atas pentas untuk mengumumkan Anugerah Khas Juri pada malam FFM30.

Aktres itu juga didakwa memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro dan FFM untuk membawa bersama Fattah ke atas pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Dato Hans Isaac dan Maya Karin.

Manakala dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan mereka, Universal Music (Malaysia) hari ini, berkata keputusan kemunculan mereka di atas pentas ketika penyampaian trofi Anugerah Khas Juri sebagai elemen kejutan dalam FFM30 adalah daripada pihak Astro.

Dalam kenyataan yang sama, mengikut perancangan yang diatur pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ditukar pada saat akhir.

Sebagai ‘tetamu’, Fazura dan Fattah menyifatkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi demi kelancaran majlis.

Fazura juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap Hans Isaac yang didakwa tanpa usul periksa menghantar kiriman WhatsApp menyatakan kekesalan terhadap tindakan kurang bijak dan tidak menghormati format majlis kepada mereka, yang menurut Hans, tidak termasuk dalam senarai penyampai pada malam itu.

Malah, dia juga meminta agar pihak Hans melakukan permohonan maaf kepadanya kerana apa yang dilemparkan oleh Hans sama sekali tidak berasas dan bukan di bawah kawalan Fazura.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Dadah Punca Mac Miller Ditemui Mati?

Miller, atau nama sebenarnya Malcolm James McCormick, meniti populariti selepas album pertamanya menduduki carta AS pada 2011.

Fab Foodies! Fri, 1 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Perap ayam dengan kesemua bahan, tambah sedikit garam dan lada. Biarkan selama 30 minit & bakar pada suhu 180 selama 20 minit sehingga masak. Siap!

Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Fouziah Gous Sedia Bantu Suami

Tidak mengharapkan sang suami sahaja mencari rezeki, si isteri turut membantu….

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Contest Wed, 27 Nov 2019

| Live TV