Hiburan By: Padin April 6, 2023 @ 11:55am

“Ini Bukan Soal Siapa Menang Siapa Kalah” – Tetap Teruskan Saman Terhadap Farid Kamil, Syamsul Yusof Enggan Komen Isu Aaron Aziz

Pengarah dan penerbit kontroversi, Syamsul Yusof, 39, tetap mahu meneruskan niat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil, 42.

Kata pengarah KL Gangster itu, dia tekad untuk membersihkan namanya.

“Untuk yang mana saya nak saman tu, tetap berjalan. Jadi saman itu tetap saya teruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik saman. Mungkinlah. Saya pun tak tahu.

“Tapi sekarang ini, saya tetap akan teruskan. Ini bukan soal siapa menang siapa kalah, ia hanyalah perkara yang patut kita ambil.

“Apabila kita berdiam diri buat kerja kita, tiba-tiba ada orang menganggu, atau berikan kata-kata buruk, kita perlu mengambil tindakan.

“Saya seorang yang tenang, saya tak suka ada isu dengan rakan-rakan artis kerana kita semua dalam satu bidang.

“Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk anda di media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang sajalah,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, pada 21 Mac lalu, Syamsul membuat pendedahan dia serius mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor filem 7 Perhentian itu berikutan kenyataan yang pernah dimuat naik oleh Farid di laman sosial, Instagram, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan terbabit, Farid mendakwa seorang lelaki pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.

Diana yang dinyatakan dalam kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isteri Farid iaitu Diana Danielle.

Sementara itu, Syamsul enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz yang meminta Syamsul memohon maaf kepada kedua orang tuanya, Datuk Syamsul Yusof dan Datin Patimah Ismail.

“Bila saya keluarkan kenyataan, perkara ini tidak akan habis, jadi apa yang saya mampu cakap mengenai isu Aaron, saya sudah komen sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada boleh bersemuka bersama Aaron untuk menyelesaikan kemelut mereka berdua, pengarah KL Gangster itu tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

“Boleh, tak ada masalah,” katanya.

Semalam, Aaron yang ditemui media disoal mengenai jalan terbaik agar kemelut antara dirinya dan Syamsul dapat ditamatkan.

Jawab Aaron, perkara itu hanya akan terjadi selepas Syamsul memohon maaf kepada kedua orang tuanya.

“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya (Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail),” kata Aaron.

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati Permintaan Isteri, Aaron Aziz Kunci Mulut… Enggan Ulas Lagi Isu Dengan Syamsul Yusof

Terdahulu, Syamsul ditemui Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ketika hadir bagi sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38.

Mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu 8 Mei berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.

Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah sama.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023
Trending Fri, 12 Nov 2021

Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam. Permohonan itu difailkan plaintif terhadap Nynaa […]

Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Isteri Baim Wong Hamil Anak Pertama?

Doakan ya semoga impian untuk melihat Bapau (gabungan Baim dan Paula) junior terlaksana.

Featured Thu, 20 May 2021

Keputusan Total Lock Esok Ditentukan Berdasarkan Nasihat KKM – MKN

Negara hari ini mencatatkan kes tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 6,806 kes menjadikan ianya jumlah tertinggi pernah direkodkan di negara. Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri keputusan untuk melaksanakan total lockdown akan ditentukan Majlis Keselamatan […]

Events Thu, 24 Nov 2022

Rabbani Bakal Adakan Konsert Rai 25 Tahun Perjalanan Dalam Industri

Kumpulan nasyid Rabbani yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan masih kekal relevan sehingga kini akan menemui peminatnya di Konsert 25 Tahun Rabbani bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Kelainan yang akan dibawa […]

Hiburan Tue, 19 Mar 2024

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

‘Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini’ – Shahidan