‘Hadiah Ini Untuk Mak Ayah’- Zahiril Adzim

‘Ini hadiah untuk mak ayah saya yang dah lama tunggu hadiah ini,” kata pemenang pelakon Zahiril Adzim yang membawa pulang trofi pelakon pembantu lelaki terbaik filem.

Zahiril ketika ditemui sejurus diumumkan sebagai pemenang mengaku terkejut dengan kemenangan di pentas Anugerah Skrin 2019 (ASK2019).

“Mungkin Tuhan suruh saya aktif berlakon, saya terfikir untuk rehat sekejap. Saya mahu lebih selektif bukan buat untuk survive dalam dunia lakonan. Saya sudah lepasi fasa itu.

“Saya mahu bekerja untuk berkarya dan rakan-rakan yang beri sokongan,” katanya. 

Tambah Zahiril juga memaklumkan masih berharap karya yang lebih berkualiti dan seimbang di masa akan datang.

“Saya banyak mengembara ke banyak negara dan melihat corak industri lakonan di sana. Jangan salah faham saya tidak menentang karya tempatan cuma saya masih berharap karya yang berkualiti,” katanya.

Pelakon berusia 35 tahun ini memenangi trofi menerusi lakonannya dalam filem One Two Jaga.

Filem arahan Nam Ron hasil terbitan syarikat milik Bront Palarae itu berkisar mengenai isu rasuah dan mula menemui penonton akhir tahun lalu.

SGMS Faida