Hiburan By: Salma Syahbuddin April 14, 2018 @ 1:00am

Ini Sebab Kenapa Dayang Nurfaizah Potong Rambut Pendek!

Sejak kemunculannya pada satu anugerah berprestij baru-baru ini, mesti ramai yang sedikit terkejut melihat kemunculan penyanyi kesayangan ramai, Dayang Nurfaizah. Mana taknya, kemunculan beliau amat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat lebih-lebih lagi beliau bakal membawakan lagu baru duet bersama Hael Husaini berjudul Haram. Tapi, bukan itu yang kita nak kongsikan. Kelihatannya Dayang sedikit berbeza dengan gaya rambut pendeknya bukan?

Bagi Dayang Nurfaizah atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 35, beliau teringin untuk mencuba sesuatu yang berbeza untuk imejnya pada tahun ini kerana, sudah 10 tahun beliau menyimpan rambut panjang. Wow! Lama juga kan Dayang berambut panjang?

“Sudah lama saya berambut panjang, jadi saya mahukan kelainan. Kebanyakan wanita pasti berfikir banyak kali sebelm memotong rambut menjadi pendek. Tapi bagi saya, rambut tetap akan panjang. Cuma saya hanya berani potong rambut hingga paras bahu kerana rasanya tidak sesuai saya menggayakan fesyen rambut terlalu pendek.” Katanya

Dayang juga memberitahu, walaupun pada awal kemunculannya dahulu beliau sebenarnya pernah berambut pendek tapi rambutnya pada ketika itu tidaklah terlalu pendek sehingga menyerupai lelaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
Hiburan Fri, 8 Feb 2019