Hiburan By: Ad Ops September 24, 2019 @ 6:49pm

Ini Sebab Kenapa Lisa Blackpink Dipanggil ‘Ratu Thailand’?

Gelaran ‘Ratu Thailand’ yang diberikan oleh peminat Lisa terutamanya warga Thailand amat tepat sekali apabila baru-baru ini beliau dengan baik hati telah menyalurkan sumbangan derma buat mangsa banjir di negara tersebut.

Tindakan pantas Lisa Blackpink memberikan sumbangan kepada mangsa banjir menyentuh hati ramai peminatnya terutamanya penduduk Thailand. 

Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban telah menyumbang sebanyak 100,000 baht atau RM 13,700 kepada pelakon Dana Bin Bunleurit untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

 

Perkara itu dikongsi sendiri oleh salah seorang blogger yang dikenali sebagai Koi, beliau telah memuat naik sekeping cek daripada penyanyi itu menerusi instagram miliknya .

 

“Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Koi.

Dikatakan seramai 20,000 mangsa banjir telah dipindahkan akibat banjir yang turut meragut nyawa penduduk negara itu sejak beberapa hari yang lalu.

Apapun, Xtra mendoakan agar keadaan di negara tersebut kembali pulih seperti sedia kala.

Ditulis Oleh: Dina Azmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Jun 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gara-Gara Asap Masakan Masuk Bilik, Lelaki Bertindak Belasah Adik Perempuan Sehingga Patah Gigi

Abangnya bertindak tarik rambut, tumbuk dan tampar bahagian muka sampai patah gigi… 😱

Selebriti Fri, 1 Sep 2023
Featured Thu, 21 Jul 2022
Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Fri, 2 Sep 2022

Kes Culik Anak Perempuan, Lufya Omar Masih Belum Beri Keterangan

Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023