Hiburan By: Ad Ops July 27, 2018 @ 3:47am

Ini Sebab Kenapa Zahirah McWilson Tolak Watak Antagonis

Nama Zahirah Macwilson kini semakin popular menerusi drama bersiri yang kini bersiaran di slot Akasia TV3 , Jangan Benci Cintaku. Mengakui tidak mahu melakonkan watak antagonis kerana takut dibenci oleh penonton.

Dan, disebabkan itu juga Zahirah tidak berani untuk membawa watak Husna yang dilakonkan oleh Niena Baharun dalam drama tersebut sejak mula ditayangkan pada 29 Jun lalu.

“Terus terang, saya simpati dengan Niena kerana dia dibenci penonton kerana watak Husna dilakonkan.

“Saya ada menghubungi Niena dan memberi sokongan padanya kerana dirinya yang hamil ketika ini. Mujur Niena beritahu dia okay saja kerana sedar watak Husna sekadar lakonan semata-mata.” Kata wanita kacukan Melayu-Australia itu

Memegang watak Fika dalam drama tersebut, Zahirah akui menerima maklum balas yang sangat positif daripada penonton.

“Ramai peminat yang menghantar pesanan ‘Direct Message’ (DM) bertanya mengenai hubungan dalam rumah tangga di mana suami ada wanita lain kerana impak watak Fika dalam drama Jangan Benci Cintaku itu.

“Sudah pastinya watak Fika berbeza dari diri ini tapi saya tetap gembira membalas setiap komen diberikan peminat di laman sosial itu.” Katanya

Bergandingan bersama Saharul Ridzwan yang memegang watak Shah, Zahirah mengakuii berasa selesa dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam menjiwai watak suami isteri.

“Kami tiada masalah menjiwai watak suami isteri dengan baik walaupun Saharul memang menolak babak bersentuhan.

“Sebagai pelakon saya faham batas ditetapkan Saharul dalam drama itu kerana kami profesional ketika bekerja,”  Jelasnya

Teruskan menonton drama Jangan Benci Cintaku yang masih bersiaran di TV3, setiap Isnin sehingga Jumaat dan anda juga boleh menonton semula episod lepas dengan hanya layari kami di tonton!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

Hiburan Fri, 24 May 2019

Selena Gomez Anti Media Sosial?

Erk…kenapa tu Selena?

Events Fri, 26 Jul 2019

杨丞琳秘密来马!惊喜现身推介活动宣布11月来马开唱

杨丞琳秘密来马!惊喜现身JStarS Group推介礼,宣布11月将来马举办《青春住了谁》巡演大马站。

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Fri, 27 Dec 2019

‘Takkan Nak Menangis Di Instagram’- Zara Zya Sudah Move On?

Kami putus tunang secara baik dan tidak bergaduh pun…

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Events Fri, 15 Feb 2019
Featured Fri, 20 Jan 2023

| Live TV