Categories: HiburanTrending

“Ini Ujian Dalam Cegah Kemungkaran” – Baby Shima Fail Saman Fitnah, Ini Respons PU Syed!

Sebelum ini, penyanyi dangdut, Baby Shima tampil memberi kenyataan media menyatakan bahawa telah memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed atas sebab ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Susulan itu, PU Syed tampil memberi penjelasan mengenai isu saman tersebut dengan memuat naik keratan sebuah artikel di Instagramnya.

Kata Syed, dia tidak mengetahui mengenai saman yang telah difailkan terhadapnya oleh penyanyi dangdut tersebut.

“Ambe (Saya) pun baru tahu, dari wartawan yang call tadi, tentang satu saman yang dinamakan terhadap ambe oleh seorang artis. Bila ambe google… ini hasilnya,” katanya.

Namun begitu Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyatakan bahawa ini adalah ujiannya dalam mencegah kemungkaran di Malaysia.

“Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada ambe dalam mencegah kemungkaran yang berlelausa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

“Para anbiya dan salafuna soleh… ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak!

“Kita diakhir zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk makluman, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap Pu Syed dan Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor hari ini.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Fail Saman Fitnah Terhadap PU Syed & Ketua Pemuda PAS Kuantan 

 

Atiqah Johari