Featured By: Aqilah Paharuzi April 27, 2022 @ 5:16pm

“Ini Yang Saya Rindu Sebenarnya, Orang Tak Kenal Saya, Semua Berebut Berdoa” – Siti Nurhaliza Menangis Rindu Suasana Di Makkah

Lumrah menjadi penyanyi tersohor negara pasti akan sentiasa menjadi perhatian dan dikerumuni peminat tidak mengira walau di mana saja kelibat selebriti tersebut.

Begitulah yang dirasai oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meluahkan rasa rindu dengan ketenangan tidak dikenali atau ‘diganggu’ saat mengerjakan umrah di tanah suci.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Live miliknya semalam, Siti mengalirkan air mata kerana bersyukur dikurniakan rezeki untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah menjelang 10 akhir Ramadan.

“Ini lah yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa.. saya dapat hidup macam ni.

“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ni buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.

Siti menunaikan umrah ditemani oleh kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Meskipun tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Siti meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya kerana diberi keizinan untuk menunaikan umrah.

Di samping itu, Siti turut meluahkan rasa rindu kepada kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang dijaga sepenuhnya oleh suami serta penjaganya sepanjang Siti di Makkah.

“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Makkah, Kaabah.

“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” luahnya.

Menerusi video yang sama, Siti turut sempat membacakan doa kepada beberapa pengikutnya yang menonton IG live tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi anugerah tersebut? Atau dia memang berniat untuk bergurau?

Events Tue, 3 Apr 2018
Trending Fri, 17 Apr 2020
Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

孙燕姿曝与老公维系婚姻秘诀:知道过分就道歉

孙燕姿昨日(17日)现身台北举办新专辑“首印会”,她透露自己和老公维系婚姻的祕诀,“其实我们都有自知之明,知道自己太过份,就道歉!”

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!

Trending Sun, 21 Nov 2021

Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Hari ini, Muzik […]

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Demi Save Bidadari, Ismail Izzani Alami Bengkak Badan

Wah, sampai macam tu sekali. Powerlah!

error: Content is protected !!