Featured By: Aqilah Paharuzi August 19, 2022 @ 8:40pm

Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ramai Bangga Syamsul Yusof Terima Lamaran Pembikinan Filem Epik Cecah Ratus Juta Ringgit

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof mendedahkan dia baru sahaja menerima tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dalam menghasilkan sebuah filem epik terbaru.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Syamsul dikatakan telah ditawar untuk membuat filem yang mengangkat keagunangan sejarah negeri berkenaan.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.

“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, pengarah filem epik Mat Kilau yang berjaya meraih RM96 juta itu turut tidak menafikan pembikinan filem tersebut akan menjadikan sebuah projek termahal dihasilkan nanti.

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan Instagram milik Syamsul, rata-rata selebriti dan pengikutnya turut tumpang gembira atas berita tersebut yang amat mengejukan penggemar filem Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia, Instagram Syamsul Yusof

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019
Featured Tue, 31 May 2022
familuv Mon, 17 Jun 2019

8 tanda bayi anda alami alahan dengan susu formula yang diberikan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu. Malangnya bukan semua ibu berpeluang untuk menawarkan susu semula jadinya setiap kali si kecil ingin menyusu. Kadangkala mereka terpaksa bergantung

Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Trending Mon, 28 Jun 2021
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

Trending Sun, 25 Apr 2021
Featured Tue, 22 Jun 2021

Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan. Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir. Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya

| Live TV