“International Face! Macam Orang Thai Pun Ada” – Kongsi Foto Sentuhan Magis Alha Alfa, Wajah Puteri Balqis Raih Pujian

Pelakon versatile, Puteri Balqis mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menunjukkan tatarias yang dilakukan oleh Datuk Alha Alfa terhadap wajahnya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish kelihatan mengenakan solekan menggunakan produk dibawah jenama Alha Alfa dengan tatarias cat eye dibahagian matanya sekaligus menyerlahkan lagi kecantikannya.

“Cuba teka siapa?  siapa nak tutorial? Semestinya menggunakan @alhaalfacosmetics_hq, “tulis pada kapsyen video berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet terpegun melihat transisi wajah Aqish yang kelihatan sangat cantik.

Bahkan, ada segelintir yang berpendapat, wajah Aqish persis selebriti yang berasal dari Thailand.

“Cantik Aqish, another level.

“Cantiknya Aqish! Dari kecil tengok drama-drama Aqish. Now, dah besar macam ratu.

“International look! Sekali imbas macam Fasha Sandha.

“Ya Allah, cantiknya! Ingat orang Thai,” komen netizen.

Dalam pada itu, Aqish kelihatan sempat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Alha Alfa di atas jasa baik dan layanan yang diberikan terhadap dirinya dan ibunya.

Malah, Aqish juga sempat menitipkan pesanan sama kepada semua peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadapnya dari dulu hinggalah sekarang.

 

 

 

Salma Syahbuddin