Hiburan By: Padin December 13, 2021 @ 2:22pm

Iqbal Zulkefli Pernah Luah Hasrat Nak Mendekati, Tapi Ini Pula Respons Rossa – “Siapa Dia Ya? Rasanya Pernah Berjumpa Sekali, Untuk Bergambar Sahaja…”

Sebelum ini, usahawan kontroversi yang bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, pernah meluahkan hasrat untuk mendekati penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa.

Menerusi laporan media pada penghujung November lalu, Iqbal pernah meluahkan hasrat mahu mencuba mendekati Rossa.

Memuat naik foto bersama Rossa di laman Instagram miliknya, Iqbal menyifatkan Rossa merupakan seorang yang lemah lembut dan mempunyai peribadi yang sopan.

Ketika ditanya mengenai perkara ini kepada Rossa, pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, ini terpinga-pinga dan mengakui tidak mengenali Iqbal.

“Siapa ya? Maaf, saya tak mengenalinya. Tetapi seingat saya, ketika tayangan filem Love Knots baru-baru ini, ada seorang individu dari Malaysia mahu bergambar dengan saya.

“Saya okay sahaja jika ada orang mahu bergambar. Tapi namanya saya lupa pula. Jika dia mahu mengenali, saya okay sahaja. Seperti rakan-rakan yang lain, apa salahnya berkawan,” kata Rossa.

Rossa ditemui di sesi sidang media virtual single terbaharunya berjudul Terlalu Berharap sebentar tadi.

Bercerita mengenai Terlalu Berharap, Lagu ciptaan penyanyi Andmesh ini dicipta istimewa untuk Rossa dan menjadi lagu tema bagi filem Love Knots.

“Alhamdulillah, saya muncul dengan buah tangan terbaharu. Saya berharap single ini diterima peminat di Indonesia dan Malaysia. Saya sangat merindui Malaysia kerana sudah lebih dua tahun tidak ke sana.

“Saya rindu untuk mempromosikan lagu di Malaysia dan mahu bertemu peminat dan rakan media yang selalu menyokong. Saya berharap pandemik segera berakhir dan saya dapat ke Malaysia lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Daesung’s Reason for Hospitalisation Revealed

No worries, guys. It wasn’t anything severe.

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Mengusung Rindu versi orkestra mengembalikan memori lama nyanyian penyanyi-penyanyi muda yang hebat.

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Berhenti Berlakon Sampai Bersalin, Elfira Loy Kini Berjaga-jaga

Semoga urusan bersalin dipermudahkan, Insha Allah…

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Sat, 16 Nov 2019

Hanya Kerana Lamar Tunang Di KFC, Terima Pelbagai Kejutan ..

Puluhan Syarikat Gergasi Mahu ‘Sponsor’ Majlis Kahwin Pasangan Ini

Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Hiburan Fri, 16 Feb 2018

AKHIRNYA, DRE KEMBALI KE PANGKUAN NEDIM

Detik-detik pertemuan antara Nedim dan Dre turut menarik perhatian netizen dan followers Nedim di laman instagram beliau. Malah mereka turut berkongsi perasaan tersebut

Featured Mon, 9 Jul 2018

| Live TV