Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani berkongsi khabar duka apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam tadi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instastory miliknya, dia kelihatan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha.

Malah, menerusi beberapa foto yang dikongsikan, pelantun lagu Kekal Ada itu dilihat mengalami kecederaan ringan di kedua-dua belah tangannya.

“Patah satu, tumbuh tiga. Hidup rider!,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ismail kini difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Salma Syahbuddin