Hiburan By: Del14 December 13, 2019 @ 9:46am

Issey Pilih Rakan Sekolah, Akhiri Zaman Duda Tak Lama Lagi

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang kenalan dari zaman sekolah pada 22 Disember ini.

Issey memberitahu, bakal isterinya juga adalah seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak yang kematian suami dua tahun lalu dan mereka akan melangsungkan pernikahan di kampung halaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 tetapi berpisah setahun kemudian.  Mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata. 

“Saya bakal bernikah dengan kenalan lama zaman sekolah. Dia adalah ibu tiga anak dan bertugas sebagai pengurus sumber manusia di sebuah syarikat swasta,” katanya di dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, semalam.

Issey berharap segala perancangan bagi majlis pernikahannya berjalan dengan lancar dan dia meminta maaf kerana merahsiakan perkara itu dari umum. 

“Saya minta maaf pada semua.  Sebenarnya, niat hendak merahsiakan perkara ini… Doakan semuanya lancar,” katanya Issey lagi. 

 
 
 
View this post on Instagram

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih ?? #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Kredit Foto: Instagram @isseyfazlisham

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

Nelydia, Raysha Rizrose Dedah Individu Ambil Kesempatan

Sabtu lalu, pelakon adik beradik Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose telah menulis satu entri di Twitter dan Instagram masing-masing mengenai seorang penuntut lelaki sebuah universiti tempatan yang dipercayai terbabit kejadian curi barang kemas milik ibu

Featured Sun, 18 Dec 2022
Automobile Mon, 4 Mar 2019

Jangan Terlepas Untuk Menonton Rancangan Menarik Di Saluran DW Mac Ini!

Saluran rancangan Inggeris, DW tampil dengan pelbagai variasi rancangan menarik pada bulan ini

Featured Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Kena Pijak? Zizi Kirana Sindir Siapa?

Zizi Kirana kena pijak? Siapa pijak Zizi Kirana?

| Live TV