Hiburan By: Del14 January 10, 2020 @ 9:01pm

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Personaliti radio dan pelawak, Issey Fazlisham tiada masalah memikul tanggungjawab sebagai seorang ‘bapa segera’ apabila mengahwini kenalan lama dari zaman sekolah, Noor Aimi Mohamed Jamil, yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak yang berusia empat hingga lapan tahun, pada 22 Disember lalu.  

Baca: Issey Pilih Rakan Sekolah, Akhiri Zaman Duda Tak Lama Lagi

Issey yang pernah berkahwin sebelum ini tetapi berpisah dengan bekas isteri pada 19 Mac 2015 tidak pernah mempunyai cahaya mata sendiri dan dia berharap dia mampu memikul tugas menjaga ketiga-tiga anak tirinya itu dengan baik, malah meluahkan rasa seronok apabila dapat menghantar mereka ke sekolah. 

“Jujurnya, saya seronok apabila berpengalaman menghantar anak ke sekolah.  Begitupun, saya akui masih dalam proses pembelajaran.  Maklum sahaja, ia perubahan drastik untuk saya yang melangkau beberapa langkah untuk bergelar bapa. 

“Saya sudah cuba rapat dengan mereka sejak belum berkahwin.  Agak susah sebenarnya masing-masing mahu menerima kehadiran saya kerana bapa mereka meninggal dunia akibat kemalangan. Jadi, mungkin mereka masih dalam proses mahu menerima.  Alhamdulillah, setakat ini baik-baik sahaja,” katanya kepada BH Online. 

Tambah Issey lagi, dia tidak kisah terpaksa berulang-alik pada setiap minggu untuk bersama keluarga di Kota Bharu, Kelantan. 

“Isteri saya akan turun ke ibu kota dua minggu sekali dan setiap hujung minggu pula, saya akan balik ke sana. Ia memang agak memenatkan, tetapi kita tengoklah dahulu bagaimana keadaannya. 

“Kalau isteri tidak menetap di Kelantan, mungkin agak susah untuk saya balik kerana mak sudah tiada.  Jadi apabila ada isteri di sana, saya ada alasan kukuh untuk pulang,” katanya lagi. 

Baru-baru ini sewaktu sesi persekolahan tahun 2020 dibuka, Issey memuat naik foto menerusi satu entri di Instagram di mana dia menghantar anak-anak tirinya ke sekolah dengan kapsyen “Hantar anak sekolah. Fasa baru dalam hidup. Aku dah langkah beberapa step. Banyak yang dah tertinggal. Tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ayah yang baik.”

Kredit Foto: Instagram @isseyfazlisham

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Popular Sebagai Penyanyi, Afieq Shazwan Tak Minat Berlakon Teater Lagi?

Teater ini ibarat kelas lakonan saya. Yang paling saya rindu adalah waktu bonding session dengan para pelakon terlibat.

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

侧田331来马为演唱会造势

号外!号外!侧田将会提前来马为《Chapter Free》演唱会马来西亚站造势!让我们一起在演唱会前夕与他练习全体大合唱,感动全场!