Isteri Aliff Syukri Hadir Majlis Iftar Selepas Beberapa Hari Bersalin Cetus Pelbagai Reaksi, Netizen Pula Yang Rasa Ngilu!

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata keenam pada 3 April lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Shahida menghadiri Majlis Iftar D’Herbs selepas beberapa hari menjalani tempoh berpantang demi janjinya kepada semua staf syarikatnya bersama suami, baru-baru ini.

“Demi janji saya pada semua staff saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar D’Herbs walaupun baru berpantang hari ke-7. Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi melihat Shahida yang masih dalam tempoh berpantang sudah banyak bergerak, malah ramai yang memuji penampilan isteri kepada usahawan kosmetik ini tetap kelihatan cantik walaupun selepas bersalin.

“Dia yang tengah berpantang baru hari ketujuh aku pulak yang rasa ngilu. Tak sayang diri ke?

“Cantiknya Datin walaupun baru lepas bersalin. Ini kalau aku tak tahulah rupa zombie ke Kak Limah ke,” komen netizen.

Nurul Hana