Featured By: Fatin Nurain May 24, 2022 @ 11:56am

Isteri Haqiem Rusli Tampil Jelaskan Dakwaan Hamil – “Bukan Baby Bump, Tapi…”

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil menjelaskan isu ‘baby bump’ dan desas-desus tentang dirinya yang sedang hamil.

Menerusi perkongsian di Instagram Live, Anis menyatakan dia tidak mengandung dan tidak akan sembunyikan berita gembira itu terutamanya daripada peminat Haqiem, Qiemilio.

Perkara tersebut tercetus apabila pasangan ini berkongsi foto ketika berbulan madu di Turki baru-baru ini.

“Ini bukan kandungan tapi buncit. Doakan saja yang baik-baik supaya kami dapat bayi. Kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan.

“Semua orang ingat saya mengandung sebab mereka nampak lemak saya. Korang tak sabar ke nak tengok our junior? Sabar la.. Kalau ada saya akan bagitahu terutama dekat Qiemilio,” kata Anis.

Menurut Anis, dia bukanlah seorang yang suka bersenam dan berat badannya telah naik sembilan kilogram.

“Tak semestinya saya kurus, saya tak ada lemak dekat perut. Of course ada. Saya bukan jenis yang suka bersenam. Sometimes kalau makan banyak, of course buncit itu ada.

“Sekarang pun saya dah naik sembilan kilogram (kg). Tak mustahil la buncit itu ada. Berat saya dah 64kg sekarang ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini memberitahu dia tidak selesa untuk memakai ‘girdle’ atau bengkung semata-mata untuk nampak langsing.

Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada 19 November tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Acah-Acah Happy?? Ini Jawapan Idzham Ismail…

Pelakon Juvana, Idzham Ismail juga nampaknya tidak terkecuali daripada menjadi sasaran segelintir dari warganet yang merasakan perkongsian positif dan foto-foto saat gembira dengan isteri dikira seperti ‘dibuat-buat’ atau ‘acah-acah happy’.  Pernah menerima mesej peribadi dari […]

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Wed, 6 Oct 2021
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Sweet Qismina Buka Peluang Bersedekah Melalui IG

Semoga peroleh Umrah yang mabrur buat Sweet dan ahli keluarganya…