Hiburan By: SGMS Fas March 6, 2018 @ 5:19pm

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Nak kata baharu tetapi hampir setahun dah berkahwin namun inilah kali pertama, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 59,  tampil memperkenalkan isterinya, Datin Zaiizatti Khiruddin, 24, berhadapan pihak media.

Pengenalan yang tidak diduga itu berlangsung pada sidang akhbar ‘Luncheon With The Stars’ sempena Minggu Setiausaha yang bakal di adakan pada 25 April di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi,  petang tadi. Jamal akan berkongsi pentas bersama Ratu R&B, Dayang Nurfaezah.

Dayang dan Jamal akan menghiburkan para Setiausaha pada 25 April depan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Dengan kehadiran isteri, sudah tentu kesempatan itu direbut para media dan bloggers untuk bertanyakan soalan peribadi berkaitan pertemuan pasangan yang berbeza usia 35 tahun ini.

Menjawab soal perkenalan mereka, Jamal memberitahu, ‘Ini adalah Anugerah Allah yang diberikan kepada saya. Saya bukan cari atau minta tetapi ia datang sendiri. Saya amat menyanjungi kurniaan Tuhan ini.”

Menurut Jamal,  keputusannya untuk berkahwin selepas diperkenalkan berlaku pantas iaitu dalam masa sebulan walau pun hanya bertemu sekali sahaja.

“Lagu-lagu saya pun dia tak tahu,” ujar Jamal sambil menoleh kepada isterinya.

Menurut penyanyi ‘Sepi Seorang Perindu’ ini, beliau mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya itu disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

Dia muda dan mempunyai karakter kebudak-budakan, jadi banyak yang perlu saya belajar dari dia dan sebaliknya. Dalam tempoh itu banyak juga berlaku perselisihan faham, “ cerita Jamal jujur.

Mengakui kata-kata suaminya, Zaiizatti memberitahu, ‘Saya memang kenal dan tahu siapa Datuk Jamal Abdillah tetapi lagu-lagunya saya jarang dengar sebab ia bukan lagu yang menepati generasi saya.”

Sedar akan kedudukannya sebagai isteri kepada seorang penyanyi tersohor yang dikerumuni ramai peminat khususnya kaum wanita, Zaizatti tidak rasa terganggu walau pun pernah dihalau kerana peminat hanya mahu bergambar dengan Jamal sahaja.

Jamal dan isterinya, Zaiizatti.

Saya faham di luar, Dato milik masyarkat. Di rumah Dato milik saya,” ujarnya dalam nada lembut.

Izzaitti dan Jamal bernikah secara rahsia pada 1 April tahun lalu menerusi aturan keluarga.

Perkahwinan itu merupakan yang  keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang putera lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahra.

Berhubung projek terbaharu, Jamal Abdillah dijangka mengadakan konsert bersama Datuk M. Nasir di Istana Budaya pada bulan Ogos depan malah khabarnya akan menjemput penyanyi Wany Hasrita sebagai salah seorang daripada artis jemputan selain penyanyi berasal Australia, Cassidy Anderson.

Wany banyak menyanyi lagu-lagu saya dalam Youtube dan dia ada satu konsep yang menarik untuk saya duet dengannya tetapi  semuanya masih dalam rundingan,” akhiri Jamal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 17 Apr 2020
Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Kenapa Ifa Raziah Disamakan Dengan Sailormoon?

Betulkah Ifa Raziah buat pembedahan muka? Perubahan bentuk wajah penyanyi dan pelakon ini begitu ketara sejak kebelakangan ini. Wajah yang runcing dan berseri itu mendapat perhatian netizen sehinga ada yang menggelarkan diri beliau sebagai salah satu watak dalam siri anime iaitu, Sailormoon

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Saya Reda Dengan Pemergian Ibu – Zul Ariffin

saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Sat, 4 Feb 2023

Azira Shafinaz Mengakui Hati Sudah Dimiliki – “Bohonglah Jika Saya Tidak Cemburu…”

Wahh siapa jejaka bertuah tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Semoga dipermudahkan urusan Zamani di sana, Insya Allah…