Featured By: Dhia Iwana July 4, 2024 @ 11:42am

Isteri Selamat Bersalin, Fizi Ali Luah Rasa Syukur Timang Baby Girl

“Alhamdulillah bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy.”

Demikian luahan syukur penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 35, selepas isterinya Siti Zulaikha selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, berkongsi khabar gembiranya itu di laman Instagramnya.

“Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih semua yang doakan kami sekeluarga.

“Yeahh mama dah selamat lahirkan baby Girl,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio tersebut turut tersentuh dan berterima kasih buat isterinya kerana sudah bertarung nyawa melahirkan puteri sulung mereka.

“Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung nyawa untuk bersalin.

“Sekarang bertambah la seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah serta mendoakan urusan pantang isteri Fizi dipermudahkan.

Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Siti Zulaikha juga memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tukang Masak Tak Dengar Cakap Punca Restoran Chef Wan Tutup?

Kalau orang lain, kedai tutup dia serabut. Berlainan pula bagi Chef Wan! Beliau dikatakan lega dan khabarnya berniat nak sedekah pisang di masjid. Jom dengar penjelasan beliau…

Trending Mon, 17 Dec 2018

“Ini Last Race Aku” – Pelumba CP150 Hafiz Temui Ajal Di Litar Lumba

Hajat Allahyarham untuk membawa orang tuanya melakukan ibadah umrah tidak kesempaian.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Thu, 23 May 2019

Anak Sharnaaz Ahmad Selamat Jalani Pembedahan

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.

Contest Wed, 27 Nov 2019
Trending Wed, 16 Oct 2019

Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Moga-moga ramai yang dijumpai dengan selamat