Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2022 @ 5:24pm

“Isu Antara Saya & Raihan Tak Pernah Selesai…” – Ambil Inisiatif Ajak Bersemuka, Nazrey Johani Mahu Lerai Persengketaan

Penyanyi nasyid dan juga bekas anggota Kumpulan Raihan, Nazrey Johani memaklumkan dia mahu menghubungi kumpulan popular itu bagi meleraikan salah faham yang timbul antara mereka.

Menurut Nazrey, inisiatif ini diambil bagi meleraikan pertanyaan dalam kalangan peminat mengapa kedua-dua pihak tidak merancang untuk kembali berkerjasama.

ā€œIsu antara saya dan Raihan tidak pernah selesai. Pelbagai persepsi timbul, sedangkan pengunduran saya daripada kumpulan itu pada 2006 adalah untuk meneruskan kerja dakwah di Sabah.

ā€œSaya tahu peminat keliru dan mempersoalkan kenapa sehingga ke hari ini kami tidak bekerjasama, sedangkan apabila ditanya pihak media, masing-masing memaklumkan tiada masalah.” katanya.

Memetik laporan Utusan, Nazrey turut berjanji, sekiranya pengikut TikTok dan Instagramnya mencecah 100,000, dia tidak teragak-agak untuk menghubungi kumpulan tersebut.

ā€œSaya berjanji, sekiranya pengikut TikTok dan Instagram saya mencecah 100,000, saya akan hubungi anggota Raihan. Saya mahu berjumpa mereka secara berdepan untuk membincangkan isu yang berlarutan sehingga hari ini. Biar saya merendahkan diri untuk memulakannya nanti,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, Nazrey pernah menyuarakan hasratnya untuk kembali bekerjasama dengan kumpulan tersebut bagaimanapun, Raihan tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara jelas mengenai perkara itu.

Terdahulu, Nazrey mengakui tidak terkilan walaupun tiada undangan dari Kumpulan Raihan untuk memeriahkan konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung pada pada November ini.

“Ini jujur, bukan buat-buat… saya dengan Raihan baik sahaja. Hendak jayakan konsert bukan perkara mudah, tetapi mereka berjaya laksanakan.Ā 

“Kalau dijemput saya pergi, jika tiada pun, buat apa mahu bising? Itu hak mereka. Sama ada hendak jemput atau tidak.

“Saya bersyukur dan turut gembira dengan apa yang mereka lakukan,” ujarnya.

 

 

Sumber: Utusan, Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

Selepas Berkongsi Video Menari Bersama Anak, Isteri Lan Solo Tempelak Netizen – ā€œLetihla, Yang Benci Boleh Unfollow!ā€

Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun – Isteri Lan Solo

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Sherry Ibrahim Bengang!

Ish, siapa pula yang buat fitnah macam ni?

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

Trending Sat, 24 Nov 2018

Ouch! Gara-Gara Batang PVC Tersangkut Di Kemaluan, Warga Emas Dikejar Ke Hospital

Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari.

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharapā€¦