Featured By: Nurul Hana May 23, 2023 @ 5:25pm

Isu Jumpa Kuku Dalam Makanan Di Restoran Kegemaran, Azhar Sulaiman Tampil Bersuara

Tular beberapa keping gambar dikongsi seorang pelanggan mendakwa terjumpa kuku dalam hidangan yang dinikmatinya ketika sedang makan di sebuah restoran, baru-baru ini.

Terbaharu, pelakon senior, Azhar Sulaiman tampil bersuara mengenai isu tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, aktor berusa 52 tahun itu mendakwa dirinya sudah menjadi pelanggan tetap lebih 10 tahun di restoran terkenal berkenaan dan tidak pernah mengalami situasi tersebut.

“Wow ada pelanggan jumpa cebisan kuku dalam pinggan kat restoran Sambal Hijau? Ini pertama kali berlaku, sebagai pelanggan Sambal Hijau dah masuk lebih 10 tahun, saya pasti saya dan orang lain tak pernah jumpa kuku atau benda lain tak sepatutnya dalam lauk atau makanan kami.

“Kalau jumpa satu kuku atau secebis kuku, saya boleh percayalah. Tapi bila jumpa banyak sangat kuku dalam satu tempat. Saya rasa ada seseorang cuba sabotaj awak Sambal Hijau,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, sesetengah wargamaya berkongsi pengalaman bertahun-tahun menjadi pelanggan dan makan di situ serta mengaku tidak pernah terjumpa benda pelik dalam makanan.

“Saya dah umur 12 tahun sampai sekarang umur dah 29 tahun, masih makan kedai tu. Tak pernah jumpa lagi benda-benda kotor.

“Sambal Hijau dah jadi kedai tetap lama dah, tak pernah jumpa apa-apa dan kedai pun bersih je,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Beri Bayangan Seakan Tunggu Giliran Jadi Suami Isteri, Azira Shafinaz Serah Soal Kahwin Pada Jodoh

Macam dah ada bau nasi minyak lah.. Semoga dipermudahkan urusan

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Mat Salleh

Raja Ilya memaklumkan bahawa TWG telah menulis sebuah puisi menyatakan perasaan beliau mahu mengahwini dirinya dan ianya cukup menyentuh perasaan

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin, Luahan Hati Buat Netizen Sebak…

Ini bukan GIMIK! Zulin Aziz batal pernikahan di saat akhir atas alasan peribadi. Malah lagu yang sepatutnya dinyanyikan pada majlis itu nanti kini telah ditukar lirik. Sabarlah Zulin…

Hiburan Wed, 27 Mar 2024