Isu ‘Peha Melimpah’, Kenapa Che Ta Naik Angin?

Nampaknya kontroversi melibatkan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain terus berlarutan! Terbaru, pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta turut memuat naik status ‘menegur’ wanita tersebut.

Tulis Rozita, “ Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,”

Isu ini timbul apabila Rozita meluahkan rasa kurang senang selepas Zaihani atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zai membuat tuduhan bahawa pengurus beliau menjadi punca dan penyebar status yang dimuat naik di laman sosial peribadi pengkritik itu.

Kredit gambar: Instagram Rozita Che Wan

Menerusi paparan skrin itu juga, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak membenarkan pengurus Rozita daripada membuat pinjaman baju untuk artis-artis di bawah pengurusan LOL Entertainment.

“Yang memulakan itu adalah pengurus artis. To be precise, manager Che Ta. Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artis LOL,” tulis Zaihani kepada salah seorang pengikutnya.

Isu mengenai peha melimpah ini menjadi bualan netizen sejak Sabtu lalu apabila pengkritik fesyen ini memuat naik status yang menaikkan kemarahan netizen terutamanya individu berbadan besar.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya.

Sebelum ini, Zaihani turut memuat naik satu kenyataan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dan menjelaskan dia tiada niat untuk mengeluarkan kenyataan menghina mengenai bentuk badan seseorang, sebaliknya ia sekadar luahan berdasarkan pengalaman yang dialaminya baru-baru ini.

SGMS Faida