Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 7:43pm

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Stesen penyiar dan produksi Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), Astro akui pihaknya sedia maklum dengan kontroversi yang tercetus antara pelakon Datuk Hans Isaac dan Nur Fazura.

Ia susulan Fazura didakwa meletakkan syarat untuk tampil bersama Fattah Amin sebagai penyampai trofi kategori Anugerah Khas Juri di pentas FFM30, Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Kandungan Astro, Namanzee Harris, melalui satu kenyataan rasmi hari ini berkata selaku stesen penyiar rasmi, perancangan rapi yang mengambil kira segala kebarangkalian telah pun dilakukan demi memastikan kelangsungan program ini.

“Ini kerana pihak kami mahu bekerjasama dengan semua yang terlibat tanpa wujud sebarang prejudis.

“Bagi menjawab pertanyaan media, kami masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kesemua yang terlibat termasuklah FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) untuk meneliti semula perkara ini,” katanya.

Oleh itu, beliau berpendapat tidak manis untuk pihak produksi mengulas lanjut mengenai isu ini kerana masih belum ada kata putus yang diambil.

Beliau turut mendedahkan satu mesyuarat mengenai isu itu yang membabitkan semua pihak sedang berlangsung lagi hari ini.

Semalam, beberapa media tempatan melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri meminta Astro memberi surat tunjuk sebab dan bertanggung jawab ke atas susulan isu yang berlaku.

Beliau turut menyifatkan pihak produksi tidak menghormati FINAS kerana mengadakan elemen kejutan tanpa perbincangan awal bersama pihak penganjur dan stesen penyiar.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

Featured Sat, 12 Feb 2022