Categories: HiburanSelebriti

Isu zuriat, Elizad contohi Siti Nurhaliza

Pelakon tinggi lampai Siti Elizaad mahu mengambil semangat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dalam menjawab soalan berkaitan zuriat. 

” Saya mahu mempelajari cara beliau dalam menjawab pelbagai soalan-soalan nakal masyarakat tentang zuriat.

“Bayangkan, bertahun-tahun dia menjawab soalan tentang zuriat dengan senyuman. Dia cukup tenang dan tak pernah melenting walau sekali pun.

“Bila dia tenang sahaja, ramai peminat yang mendoakannya,” kata Elizad yang turut menangis bila menonton video ketika penyanyi itu mengumumkan kehamilannya.

Pelakon filem Takdir ini menafikan dakwaan ‘nakal’ berhubung khabar angin rumah tangganya bermasalah kerana masih belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun berkahwin.

“Semuanya masih baik dan kami bahagia,” akhirinya ringkas. 

SGMS Enal