Hiburan By: Ad Ops April 4, 2019 @ 2:48pm

“Itu Bukan Bodoh, Itu Taat Secara ‘Mengkhinzir’ Buta, Watak Aisyah Dalam Nur 2 Dihentam Netizen

Selepas drama Nur  yang mencapai rating tertinggi tontonan di TV3 dan tonton, Nur 2 kembali menemui penonton pada hari Isnin lalu. 

Walaupun episod pertama Nur 2 baru sahaja membuka tirai namun drama popular ini terus dihimpit kontroversi apabila netizen mengkritik bacaan Al Quran yang memaparkan bacaan tajwid kurang tepat dalam sebuah babak. Pengarah Nur 2, Shahrulezad Mohamad tampil meminta maaf dan mengakui bertanggungjawab dalam hal tersebut.

Belum pun reda dengan kisah ini, watak antagonis yang dilakonkan Azar Azmi juga menimbulkan berikutan babak melampau yang melibatkan watak antara Ustaz Adam (Syafiq Kyle) dan Juita (Azar Azmi)

Terbaru, seorang netizen di laman Twitter menyelar watak Aisyah yang dilakonkan oleh Noor Khiriah.  Menerusi, tweet tersebut netizen mengganggap watak Aisyah yang masih taat kepada Ustaz Hamadi sebagai “mengkhinzir buta’. 

sumber:https://twitter.com/TheYusMoi

Tweet berkenaan turut dibalas oleh pelakon utama Nur 2, Syafiq Kyle dengan nada berjenaka

sumber:https://twitter.com/iSyafiqKyle/status/1113448778114027520

Bijak betul Noor Khiriah membawakan watak Aisyah sehingga mendapat tempat di hati penonton. Bagaimana pula dengan watak Juita yang akan dibawakan Azar Azmi? pastinya boleh membuatkan penonton “panas hati”.

Walaupun dihimpit kontroversi, namun pastinya jalan cerita Nur 2 ini lebih suspen, menarik dan  pastinya memberikan kejutan buat penonton. Kesemua episod Nur 2 boleh ditonton menerusi https://www.tonton.com.my dan Iflix. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Praktis Masak Seminggu, Ain Edruce Sedia Lawan Dengan Achey Dalam Episode Pertama Dapur Tempur!

Wah, min tak sabar nak tengok Ain Edruce, Amirul dan pasangan Achey, Anne beraksi di Dapur Dapur

Featured Fri, 9 Jul 2021

Ambil Pelakon Veteran Jadi Watak Utama, Ramai Tertunggu Drama Ayahanda

Sebuah drama yang diadaptasi daripada novel DBP yang merupakan karya ternama penulis sastera terulung iaitu Allahyarham Azizi Haji Abdullah mencuri perhatian penonton di sosial media. Drama Ayahanda mengisahkan konflik yang dihadapi oleh seorang ayah yang […]

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

THINK YOU OR YOUR FRIEND IS A HOTTIE? WHY NOT BE CLEO’S 2018 BACHELOR?

Got some hot guys to recommend? Even if the person is yourself, don’t be shy, just sign up!

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

WHEN WILL SHARIFAH SAKINAH APOLOGISE FOR DISRESPECTING THE LATE KIM JONGHYUN?!

Janna Nick has made an apology for laughing at Sharifah Sakinah’s disrespectful joke about the late Kim Jonghyun but the latter has yet to say anything.

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Mon, 19 Feb 2018

BILA KRISDAYANTI TANPA ‘MAKE-UP’!

Diva Indonesia yang lebih mesra disapa KD ini dikatakan rajin melakukan rawatan  untuk memelihara tubuh dan wajah agar sentiasa  kelihatan awet muda, berseri dan sudah tentu lawa. Bahkan isteri kepada jutawan Timor Leste, Raul Lemos ini sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit sebulan semata-mata untuk merawat wajahnya.