Hiburan By: Maya Basir August 25, 2022 @ 6:01pm

“Itu Bukan Saya” – Josiah Hogan Jadi Mangsa Scammer

Pelakon berdarah kacukan, Josiah Hogan memberitahu akaun Telegram miliknya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab meminta wang daripada senarai kenalannya.

Memetik laporan Harian Metro, Josiah atau nama sebenar Josiah Padilla Hogan berkata, dia mula menyedari perkara tersebut apabila rakan menghubunginya untuk kepastian.

“Sebenarnya dua hari lalu ada kawan mesej di Telegram minta paparan skrin bahagian depan akaun Telegram yang memaparkan saya bermesej dengan siapa. Selepas tu dia borak dengan saya. Saya layan saja sebab kawan kan.

“Kemudian dia minta tolong nak pinjam duit dalam RM600. Sebab fikir kawan, takkan tak bagi. Saya pun minta nombor akaun dia, tapi dalam masa sama ada rasa ragu-ragu. Saya minta dia ‘selfie’ sebab nak memastikan betul atau tak dia kawan saya tapi dia macam merajuk. Dia tanya nak tolong ka tak? Saya cakap bagi ‘selfie’ dulu. Walaupun dia kawan, saya terpaksa sebab tak tahu dia scammer atau tak.

“Semalam, saya dapat dua panggilan dari kod antarabangsa. Saya ingat produksi luar telefon. Saya jawab tapi terputus. Pada jam 6 petang ketika jogging ramai mesej dan menghubungi bertanya saya okay atau tak. Saya ucap terima kasih sebab ambil berat. Saya pun tanya kenapa, mereka cakap nak pastikan betul atau tak saya ada minta masukkan duit di Telegram. Saya pun cakap itu bukan saya,” katanya.

Menurutnya, rakan artis seperti Scha Alyahya, Adriana Adnan dan Hafreez Adam hampir membuat pemindahan wang.

“Ada kawan minta saya ‘log in’ semula Telegram. Ketika itu saya tengok memang ramai yang kena. Scha, Adriana dan Hafreez siap nak ‘bank in’ tapi mereka WhatsApp saya dulu untuk kepastian. Syukur apabila ada kawan-kawan yang ambil berat.

“Agak terkejut sebab cara dia nak dekati semua kontak kenalan saya sama saja dari segi penggunaan ayat dan apa yang perlu dibuat. Apabila dah terkena, saya fikir individu yang mesej saya itu pun bukan kawan saya, tapi scammer,” katanya.

Namun, Josiah tidak membuat laporan polis kerana tiada pemindahan wang berlaku dan telah menerima semula akaun Telegram miliknya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Feb 2020

“Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Sebagai teman baik, mesti sangat terkesan dengan pemergian mengejutkan ini.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Hiburan Fri, 4 May 2018

Suho Hopes Fans Will Not Hate Him Based on Character in Rich Man

Sometimes, not all drama characters are fun and lovable.

Trending Sun, 30 Sep 2018

GEMPAR! Mayat Bayi Ditemui Dalam Lokar Lepas Lima Tahun

Menurut jurucakap Polis Tokyo, suspek tinggalkan mayat bayi sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.

Acara Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Ambil Kesempatan Cium BCL Semasa Konsert, Ramai Terkejut & Kecam Ray Prasetya

Opsss! Min pun lagi kaget ngeliatnyaaaa Ray….🤦‍♀️

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

| Live TV