Ketika ditemui semasa majlis pelancaran program CTDK-ation, Izara Aisyah saja diusik dengan soalan bilakah agaknya Izara dan Adib dapat menimang cahaya mata, Izara hanya menerima dengan tangan terbuka sekiranya dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.

“Buat masa ini belum fikir lagi, kalau boleh biarlah perlahan-lahan kerana kami baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki itu, kami bersyukur.”

 

Selepas bergelar isteri kepada Adib Khalid, Izara Aisyah nyata merasai tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana dia mula belajar melakukan tugas-tugas sebagai seorang isteri selepas tinggal bersama suaminya itu. 

“Suasana berbeza selepas duduk dengan suami, saya baru rasa ada tanggungjawab dan seperti orang dewasa”

“Semuanya saya buat sendiri kerana kami tiada pembantu rumah. Namun tiada masalah dan Alhamdulillah, suami seorang yang sangat mudah dijaga,”

Ditanya mengenai syarat dan batasan untuk berlakon selepas menjadi isteri, Izara hanya menjawab bahawa suaminya itu adalah seorang yang sangat memahami dirinya dan juga kerjayanya sebagai seorang pelakon, memandangkan Adib juga berkecimpung dalam dunia hiburan.

Bercakap mengenai dunia lakonan pula, Izara bakal berlakon dalam sebuah drama 100 episod yang turut dibintangi pelakon Aaron Aziz, Johan As’ari dan Hafreez Adam.

Salma Syahbuddin