Hiburan By: SGMS Enal April 29, 2019 @ 12:22am

Izzara Aishah Memilih Watak?

“Saya menolak  untuk  melakonkan  watak  wanita  lemah,  dipukul,  dirogol  dan  ditindas  golongan  lelaki  selepas  ini.

“Cukup-cukuplah  cerita  kaum  lelaki  yang  memandang  rendah  dan  menindas  kaum  wanita kerana  zaman  itu  sudah  berlalu,”  kata Izara  Aishah  ketika  ditanya  perkembangan  terkini  kariernya.

Menurut  pelakon  drama  bersiri  100  episod  Jodoh-Jodoh  Anisa  itu,  dia  mahu  melakonkan  watak  yang  mengangkat  martabat  wanita.

“Saya  memilih  untuk  melakonkan  watak  wanita  yang  kuat,  tabah  dan  berdikari  dalam  menempuh  kehidupan.

“Kaum  wanita  memang  nampak  lembut  di  luar  tetapi  dalamannya  kuat  dan  masih  ada  perasaan  hormat  yang  tinggi  kepada  kaum lelaki  sebagai  pemimpin,”  katanya  kepada  Harian  Metro.

Mengulas  dakwaan  dia  memperlahankan  karier  seni  selepas  berkahwin, Izara  menafikan  perkara itu.

“Saya  masih  aktif  berlakon  cuma  selektif  dengan  watak  ditawarkan  sejak  dulu.  Projek  terbaru  ialah  filem  Ombak  Rindu 2  arahan Osman  Ali  untuk  Iflix. 

“Bila  sudah  berkahwin  memang  suami,  Adib  Khalid  akan  meneliti  skrip  naskhah  yang  ditawarkan  terlebih  dahulu.

“Kalau  watak  yang  ditawarkan  menepati  citarasa  dan  suami  kata  okay  barulah  saya  terima,”  katanya.

Bagaimanapun,  kata Izara,  keutamaannya  tetap  terhadap  rumah  tangga  yang  dibina  lebih  setahun  lalu.

“Bila  sudah  berkahwin,  saya  pikul  tanggunjawab  besar  sebagai  isteri.

“Minat  macam  manapun  dalam  bidang  seni,  rumah  tangga  tetap  diutamakan  dan  karier  seni  kini  jatuh  nombor  dua,”  katanya.

Izara  berkahwin  dengan  Adib  Khalid  pada  17  November  2017.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

“Tak Takut Gugur Ke?” Netizen Kecam Isteri Sharnaaz Ahmad Makan Durian Banyak

Bagi sesetengah netizen memakan durian di usia kandungan 5 bulan itu adalah dianggap tidak baik dan boleh memudaratkan bayi yang dikandung

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Fab Foodies! Sun, 21 Jan 2018

THESE 9 PLACES SELL THE VIRAL ‘AIS KEPAL MILO PEKAT’

Milo is every Malaysian’s staple! Who wouldn’t want a piece of this for themselves?

Events Wed, 22 May 2019

本地全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》!两大名厨加盟任导师

TV3首度推出全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》,并邀请两位「明星厨师」Datuk Chef Wan和Martin甄文达担任节目导师兼主持人,两大名厨难得同台较劲,势必引来外界高度期待!

TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Kepada wanita di luar sana, contohilah Aufahanie…tak salah nak kejar cita-cita, tapi utamakan jugak pendidikan yer!

Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Featured Fri, 30 Sep 2022