Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2024 @ 11:56am

“Jadilah Lelaki Yang Baik & Menghormati Perempuan…”- Bella Astillah Sebak Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Anak Lelaki

“Kuatkanlah imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna yang memberkati orang sekelilingmu dalam segala hal”.

Demikian bait-bait ucapan yang dititipkan oleh pelakon sensasi, Bella Astillah buat anak lelakinya, Ayden Adrean sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-7.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella kelihatan memuat naik sepotong video pendek memaparkan momen-momen manis bersama Ayden.

“My heart is full and every day with you is a blessing. You are my sunshine on the darkest days. Happy birthday, my precious son, Ayden Adrean,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berharap agar anak sulungnya itu menjadi lelaki yang baik, menghormati perempuan dan sentiasa berbakti kepada keluarga serta orang-0rang di sekelilingnya.

“Buat anak lelaki Mommy, my first born… Ayden Adrean. Tujuh tahun sudah umurmu, banyak sudah yang Mommy lalui tapi kenapa masih ada kekuatan sehingga hari ini semuanya pun kerana Ayden.

“Masih lagi Mommy ingat, Allah SWT permudahkan urusan bersalin Mommy selama melahirkan Ayden, Mommy bersyukur sangat kerana itu anugerah yang paling terindah dan Mommy bersyukur ada Ayden dalam hidup Mommy.

“Ayden, jadilah lelaki yang baik, pintar, yang menghormati perempuan dan melindungi keluarga. Kuatkanlah imanmu anakkku dan jadilah seseorang yang berguna, yang memberkati orang di sekelilingmu dalam segala hal.

“Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia,” ucapnya dalam nada sebak.

Menyifatkan kekayaan dan memiliki rupa paras yang cantik sebagai satu bonus, Bella bagaimanapun mendoakan agar anaknya itu menjadi seorang yang baik buat semua orang.

“Menjadi orang yang pintar, kaya, handsome itu adalah satu bonus. Tapi apa yang jauh lebih penting dari semua itu… Mommy mahu Ayden jadi orang yang baik. Inshaa-Allah pasti ramai yang akan menyayangimu dan hidupmu akan lebih tenang,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut Bella membanjiri ruangan tersebut dengan perasaan terharu sekaligus menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat anak lelakinya.

Sekadar info, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4.

Walau bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai dengan talak satu pada 13 Jun lalu selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan rumah tangga mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 May 2021

Foto Menyayat Hati Pemuda Palestin Solat Ketika Serangan Israel Sentuh Hati Ramai

Seluruh dunia kini tertumpu kepada serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan  Sheikh Jarrah  Baitul Maqdis  telah mengakibatkan ramai mangsa tercedera. Beberapa foto mulai tular di laman sosial menunjukkan […]

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

Trending Mon, 9 Oct 2023
Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

Featured Thu, 6 Jan 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022