Featured By: Aqilah Paharuzi July 8, 2022 @ 2:23pm

“Jaga Aib, Tak Perlu Jaja Cerita Rumah Tangga” – Ashraf Muslim Akui Bukan Mudah Hidup Berpoligami… Perlu Banyak Sabar & Tenang

Pelakon terkenal Ashraf Muslim menyedari terlalu banyak kritikan yang dianggap sangat keterlaluan di media sosial berhubung kemelut rumah tangga membabitkan selebriti-selebriti tanah air.

Tidak menjurus kepada mana-mana pihak, Ashraf memberi pesanan kepada semua pihak agar berfikir sejenak sebelum mengeluarkan kata-kata kerana bimbang setiap ucapan akan berbalik pada diri sendiri.

“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.

“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga.

“Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu,” ujarnya.

Pelakon filem Musyrik ini sedia maklum sedang menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Dr. Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmah Saburi.

Mengulas lanjut, Ashraf berkata setiap individu harus menyampaikan kata-kata positif kepada mereka yang terlibat dan elakkan mengecam sebagai salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik.

“Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.

“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.

Menjalani kehidupan berpoligami, Ashraf mengakui peringkat awal rumah tangganya tidak mudah, namun turut memberi pesanan untuk bersabar dengan segala ujian dan tidak menyebarkan aib sebagai suami isteri.

“Susah.. kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.

“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.

“Jadi senang ceritalah.. kebahagiaan diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.

“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.

Pelakon kacak ini ditemui sejurus Sesi Tayangan Filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.

“Filem terbitan White Merpati ini menjalani penggambaran sebelum pandemik melanda dan baru sekarang berpeluang untuk menemui penonton. Saya berharap ia mendapat sambutan yang positif,” kata Ashraf.

Membawa watak sebagai Ustaz Aqasha, filem arahan Arjin Uppal yang turut menampilkan Aeril Zafrel, Ruhainies, Aishah Ilias dan ramai lagi ini ditayangkan bermula 7 Julai 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Events Mon, 11 Mar 2019

3 Cool Events to Look Forward to in March 2019

3 cool events in the 3rd month of the year…

Events Tue, 17 Sep 2019

19位歌手轮翻献唱!齐聚3大种族以音乐献爱心

齐聚3大种族力量,19位歌手轮翻献唱,以音乐为原住民部落发展基金筹款,亦欢庆马来西亚成立56周年日!

Trending Thu, 21 Jun 2018

Harga RON 95, Diesel Kekal

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

Featured Thu, 10 Nov 2022

“Kemas Rumah Pun Cantik!” – Netizen Puji Penampilan Simple Nora Danish

Sebut saja nama Nora Danish sudah pasti ramai yang mengenali aktres itu oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40 tahun. Baru-baru ini, Nora memuat naik satu perkongsian video di […]

error: Content is protected !!