Hiburan By: SGMS Faida January 1, 2020 @ 6:16pm

Jakarta Dilanda Banjir, Yuni Shara Pakai Boot Dalam Rumah

Kejadian banjir yang melanda kota Jakarta pada masa ini nampaknya menjejaskan banyak kediaman.

Antara kediaman selebriti yang terjejas adalah penyanyi Yuni Shara yang merupakan kakak kepada diva Indonesia, Kris Dayanti.

Kediaman Yuni yang terletak di Ragunan, Jakarta Selatan dimasuki air sehingga ke paras lutut.

“This is 2020,” kata Yuni di dalam video itu.

Sambil menunjukkan arah di sekitar rumah termasuklah siling, Yuni memberitahu air telah memenuhi rumahnya.

“Ada cahaya gelombang di atap. Pantulan air yang ada di bawah…alias banjir,” katanya.

Apa yang menarik, pelantun lagu Sepi ini juga sempat menggayakan pakaian santai dengan mengenakan hot pants dengan boot sehingga ada netizen yang memujinya seperti dalam penggambaran filem Tomb Rider.

Difahamkan, paras ketinggian air di dalam rumah Yuni mencecah sekitar 30-50 cm.

Entri Yuni mendapat maklum balas daripada pengikutnya termasuklah rakan artis.

“Mudah mudahan cepat surut yo…,” tulis Maia Estianty.

Dalam masa sama, Yuni juga memaklumkan bekalan eletrik di rumahnya putus akibat kejadian banjir itu.

Aduh…dugaan untuk awal tahun 2020. Semoga terus sabar, mungkin ada hikmahnya mbak Yuni!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2019