Penyanyi Afieq Shazwan memaklumkan dia terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.
Menurut penyanyi meningkat naik ini, kejadian berlaku di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pukul 8.30 malam semalam.
“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik beradik. Kereta proton Saga merah kemek teruk di bonet depan.
“Alhamdulillah, saya dan adik beradik lain selamat dan tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu,” kata Afieq.

“Ini kali pertama saya mengalami kemalangan dan saya berjanji akan lebih berhati-hati bila memandu selepas ini,” ujarnya yang memuatnaik berita itu di Instastorynya.
Afieq turut berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan keselamatan dia dan adik beradik yang lain di ruangan komen Instagramnya.