Jalani Pembedahan, Jihan Muse Titip Sedikit Pesanan Buat Kaum Wanita

Pengacara Jihan Muse dilaporkan berada di sebuah pusat perubatan swasta bagi menjalani pembedahan kecil ‘Excision Biopsy Lump’, petang semalam.

Menerusi laman Instagram pihak pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment, kesihatan isteri kepada pelakon Ungku Hariz ini tidak membimbangkan namun perlu pantauan.

“ Penyakit ini tidak begitu membahayakan tapi bagi elak dari mudarat doktor menasihatkan agar membuangnya. 

“ Dalam masa sama, Jihan menyeru supaya wanita-wanita di luar sama menjaga kesihatan agar sering memastikan badan kita berada dalam keadaan baik,” kata wakil syarikat dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jihan juga akan berehat buat sementara waktu atas nasihat doktor. Untuk Jihan, kami doakan anda lekas sembuh dan boleh kembali bekerja semula. Rindu lawak-lawak Jihan! 

SGMS Faida