Hiburan By: Padin May 24, 2022 @ 5:14pm

Jalin Kerjasama Dengan Janna, Hairul & Hun, Selebriti Terkenal Hidupkan Watak Sebagai….

Fenomena luar biasa M-World yang melanda Malaysia pada 2 hingga 12 April lalu telah membawa semua pemain untuk bersama-sama berjuang demi kemenangan.

Siri mini animasi 515 telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan di laman YouTube sekaligus menjadikannya sebagai sebuah kejayaan yang besar.

Berkisar tentang watak kegemaran peminat seperti Tang Wanwan, Ling dan Yin sebagai wira utama untuk siri ini, kempen tersebut mendapat pujian daripada penonton, dengan menyatakan bahawa Mobile Legends: Bang Bang ‘meningkatkan lagi skill permainan mereka’ dan ‘melakukannya dengan lebih baik kali ini’.

Sebagai tanda penghargaan untuk peminat di Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang telah bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem bagi menghidupkan Tang Wanwan, Ying dan Ling.

Pemilihan selebriti tersebut bertepatan dengan imej mereka sebagai figura yang dikenali ramai sememangnya menepati perwatakan dan ciri-ciri 515 wira ini.

Selain itu, dalam 30 hari yang terakhir, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai 80 juta pemain aktif yang berjaya mendaftar masuk dan ia adalah hasil penerimaan positif terhadap kempen 515 dengan kemunculan watak trio: Tang Wanwan, Ling dan Yin.

Dalam masa yang sama, Mobile Legends: Bang Bang juga telah mengeluarkan dua runut bunyi iaitu We Better Than Me dan gabungan semula solo lagu tema acara 515.

Lagu baharu tersebut berjaya menawan hati pengguna TikTok, kerana ia merupakan salah satu lagu yang menjadi trend di platform itu.

Semasa acara 515, terdapat pelbagai ‘cover’ yang dibuat oleh ramai penyanyi yang kini mendapat lebih daripada 300 ribu jumlah tontonan.

Malah, bermula 13 April hingga 3 Mei lalu, peminat Mobile Legends: Bang Bang telah terkesima dengan filem mini aksi Tang Wanwan, Ling dan Yin, masing-masing dilakonkan oleh Janna Nick, Hun Haqeem dan Hairul Azreen.

Untuk rekod, filem mini Tang Wanwan oleh Janna Nick telah meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram dan TikTok serta disambut dengan penuh kasih sayang oleh peminat dan pengikutnya.

Dalam semangat menyambut Aidilfitri, video Hari Raya yang dibintangi oleh Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem secara rasmi telah menjadi video yang paling banyak ditonton di saluran YouTube Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dengan capaian lebih 980,000 tontonan dalam masa kurang daripada sebulan.
Bukan itu sahaja, pelbagai lukisan grafiti AR Mobile Legends: Bang Bang telah menghiasi beberapa buah dinding di Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk diterokai oleh peminat mereka.

Lukisan itu merupakan karya sekumpulan lima artis grafiti untuk mewakili acara 515 yang bertemakan We Better Than Me.

Selain itu, video TikTok di akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang mengenai dinding grafiti tersebut telah mendapat lebih dari 1.1 juta tontonan video hasil daripada gaya lukisan yang luar biasa dan futuristik.

Pempengaruh media sosial dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru turut hadir melihat dan berswafoto dengan AR Tang Wan Wan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Featured Thu, 2 Sep 2021

Dihujani Pertanyaan Peminat, Hannah Delisha Beri Bayangan Sedang Hamil?

Selepas pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal menimang cahaya mata, nampaknya, kini giliran pelakon jelita, Hannah Delisha pula diasak pertanyaan peminat. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Hannah memuat naik foto sekuntum bunga dengan

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Sonaone is Finally Back with a New Single!

He was MIA from the music scene for 2 years but now he’s finally back.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Siapa Agaknya Si Fatimah Gila Ni?

Yang penting, Clap! Applause! Clap! Applause

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Ayu Damit Seronok Bercucuk Tanam Cili

Seronoknya berkongsi cerita tentang bercucuk tanam cili

Featured Wed, 20 Oct 2021

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa

Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahu dan dia mahukan segalanya!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose katanya ingin mendirikan rumah tangga bersama jutawan muda, Hafiz. Layari www.xtra.com untuk lebih lanjut….

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Hanya Bercuti, Bukan Berhenti’- Nubhan Nekad Kembali Aktif Menyanyi

Tiga tahun tanpa single, finally Nubhan is back!

| Live TV